Bahan-bahan
100gm sotong
150gm udang
1 tangkai daun ketumbar
1 biji bunga kantan
2 ulas bawang merah
1 batang serai - ambil bahagian putih saja
1 helai daun limau purut - buang urat daun dan mayang halus
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar jus limau
sedikit serbuk lada putih
Cara-cara :
1. Celur sotong dan udang. Angkat dan rendam dalam air berais untuk mengekalkan kesegaran.
2. Mayang halus bunga kantan, bawang merah, serai dan daun ketumbar.
3. Satukan sos tiram, sos ikan, jus limau dan serbuk lada putih. Kemudian masukkan sotong dan udang.
4. Akhir sekali masukkan bahan-bahan hirisan dan gaul hingga rata.
5. Boleh di makan begitu saja atau bersama nasi.
Kerabu Makanan Laut Ala Thai
No comments:
Post a Comment