Monday, 28 April 2014

Udang Breadcrumbs


Udang Breadcrumbs

Bahan-bahan
10 ekor udang harimau / udang putih besar
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil minyak bijan
secubit garam
1/2 sudu besar tepung jagung

Celupan
3 sudu besar breadcrumbs
1 biji telur - pukul ringan

Cara-cara :
1.  Buang kulit udang dan tinggalkan bahagian ekor sahaja.  Kemudian belah belakang tapi jangan sampai putus, keluarkan kotorannya.
2.  Cuci dan toskan. Susun di atas tisu dapur untuk keringkan airnya.
3.  Kemudian gaul dengan bahan-bahan lain hingga rata.  Perap sebentar.
4.  Panaskan minyak yang banyak, celup udang satu persatu dalam telur dan salut dengan breadcrumbs.
5.  Goreng hingga keperangan.  Angkat dan toskan.
6.  Hidang bersama daun salad, daun bawang dan sos kegemaran.
Udang Breadcrumbs


Saturday, 26 April 2014

Bakwan / Cucur Sayur-sayuran


Bakwan / Cucur Sayur-sayuran
Sumber :  Tahrunisah Jali FB

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung ubikayu
1 - 1 1/2 cawan air - anggaran
2 sudu teh garam atau secukup rasa
2 biji bawang merah besar dipotong dadu
1 1/2 genggam kobis yang dihiris halus
1 batang lobak di potong memanjang halus
Setangkai daun bawang atau daun kucai
Segenggam tauge
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit serbuk cili - jika suka pedas

Bahan Perasa - Tumbuk Halus
2 sudu besar ikan bilis halus
1 1/2 sudu teh ketumbar
3/4 sudu teh lada putih atau serbuk lada sulah
3 ulas bawang putih

Cara-caranya :
1.  Satukan tepung gandum, tepung beras dan tepung ubi sebatikan kemudian masukkan air dan bahan tumbuk, serbuk kunyit, serbuk cili dan dan garam.
2.  Kemudian masukkan sayuran yang telah ditoskan airnya terlebih dahulu.  Kacau sebati.
3.  Panaskan minyak yang banyak dalam kuali, sudukan adunan tersebut dalam minyak.  Adunan ni agak cair dan meleper bila di goreng.  Goreng hingga kekuningan.
4.  Angkat dan toskan di atas kertas tisu dapur.

Sos Kacang
2 cawan kacang tanah - goreng tanpa minyak dan dibuang kulit
2 biji bawang merah besar
2 ulas bawang putih
2-3 sudu  cili kisar
1 keping gula melaka
1 sudu besar udang kering ditumbuk halus
sedikit garam dan gula
sedikit air asam jawa - K1 tambah

Cara-cara :  
1.  Tumbuk kacang tanah sederahana kasar.   Ketepikan.
2.  Tumbuk atau kisar bawang besar dan bawang putih kemudian tumis bersama cili kisar dengan sedikit minyak hingga naik bau dan pecah minyak.
3.  Masukkan udang kering dan air asam jawa, anggaran kuah tidak terlalu cair atau pekat.
4.  Masukkan kacang, kacau rata dan perasakan dengan gula melaka, sedikit gula dan garam.
5.  Kacau hingga mendidih dan masak.
Bakwan / Cucur Sayur-sayuran

Thursday, 24 April 2014

Kek Keju Oreo Dingin / No Bake Oreo Cheesecake

Kek Keju Oreo Dingin / No Bake Oreo Cheesecake
Sumber : Olahan dari Kek Keju Oreo Azlita Aziz

Bahan Dasar


Bahan Krim Keju


Loyang 8in - Loose Base Tin (di gris mentega cair)

Cara-cara :

  1. Dasar :  Gaul biskut oreo dengan mentega sedikit demi sedikit hingga rata dan boleh di kepal.  Masukkan ke dalam loyang dan tekan padat.  Simpan dalam peti sejuk selama 1/2 jam atau jika ingin dasar yang ranggup, bakar selama 10 minit di dalam ketuhar, biarkan sejuk.
  2. Masukkan air ke dalam mangkuk, tabur dengan gelatin dan biar mengembang.  Kemudian cairkan secara double boiler hingga larut.  Ketepikan.
  3. Cairkan coklat masakan putih secara double boiler.  Ketepikan.
  4. Putar krim keju dan gula hingga rata dan tidak berketul.  Masukkan coklat masakan cair di ikuti gelatin dan esen vanila, putar hingga sebati.
  5. Dalam bekas lain pukul krim putar (whip cream) hingga kental.  Kaup balikkan ke dalam adunan keju sedikit demi sedikit hingga bergaul rata.
  6. Masukkan ke dalam piping bag dan paip satu lapisan krim keju.  Susun kepingan biskut oreo, tekan sedikit.
  7. Ulangi melapis krim keju dan susunan biskut oreo, untuk lapisan terakhir tuang baki krim keju dan ratakan permukaannya.  Simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
  8. Keluarkan dari loyang dan hias mengikut suka. 
  9. Untuk memotong kek keju, guna pisau yang di rendam air panas, lap kemudian baru di potong.

 Kek Keju Oreo Dingin / No Bake Oreo Cheesecake

Sunday, 20 April 2014

Udang Firecraker Thai


Udang Firecracker Thai

Bahan-bahan
20 ekor udang sederhana besar - buang kulit dan tinggalkan ekornya
2 sudu besar sos pad Thai atau sos lain yang di sukai
10 keping kulit popia saiz kecil
1 biji putih telur sebagai pelekat

Cara-cara :
1.  Potong tiga segi kulit popia.
2.  Keringkan udang di atas tissue dapur.  Kemudian kelar sedikit bahagian bawahnya supaya udang tidak merengkok.
3.  Sapu udang dengan sos pad Thai hingga rata.
4.  Ambil sekeping kulit popia, letak udang di atasnya, kemudian gulung 1 kali, lipat penjuru bahagian atas, kemudian gulung.  Sapu bahagian hujung tepi kulit popia dengan putih telur dan gulung dengan kemas.  Buat hingga habis.
5.  Panaskan minyak yang banyak dan goreng hingga kekuningan.
6.  Hidang bersama salad dan sos cili Thai.
Udang Firecraker Thai

Saturday, 19 April 2014

Spageti Primavera


Spageti Primavera
Resipi :  Chef Riz@Prego

Bahan-bahan
2 tin sos Carbonara Cendawan Prego 300gm
2 sudu besar minyak zaitun
4 ulas bawang putih - cincang
3 ulas bawang merah india - belah 4
1/3 lobak merah, dadu
1 batang zucchini, dadu
1/3 capsicum, dadu
sedikit hirisan kobis ungu jika suka
8 biji tomato ceri - belah 2
100gm cendawan Shimeji / cendawan butang
Setangkai daun bawang, hiris
2 sudu besar mentega
sedikit parutan keju Parmesan
garam dan lada hitam secukup rasa

200gm spageti di rebus dengan sedikit minyak zaitun hingga lembut.  Toskan.

Cara-cara :
1.  Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun hingga layu dan beraroma.  Masukkan lobak merah, zucchini, capsicum dan kobis ungu, masak sebentar.
2.  Tuangkan sos carbonara cendawan ke dalam periuk serta cendawan dan tomato ceri.  Renihkan selama 4 minit.
3.  Akhir sekali masukkan sedikit keju Parmesan dan mentega.  Taburkan daun bawang ke dalam periuk dan angkat.
4.  Sediakan spageti di dalam pingan dan tuangkan sos spageti ke atasnya.
Spageti Primavera



Friday, 18 April 2014

Roti Jejari Keju / Cheese Breadsticks


Roti Jejari Keju / Cheese Breadsticks 
Sumber :  FB RASA Malaysia

Bahan Water Roux
25gm tepung roti (2 sudu makan)
125ml air

Bahan Basah
1 biji telur pukul ringgan
65ml air
80gm water roux (2 sudu makan)

Bahan Kering
1 sudu teh garam
30gm gula (2 sudu makan)
195gm tepung roti (high protein)
90gm tepung gandum
14gm susu tepung ( 2 1/2 sudu makan)
6gm yis segera (2 sudu teh)
3 sudu besar mentega tawar

Sapuan :  1 biji kuning telur + 1 sudu besar susu sejat
Taburan :  Mozzarella / Cheddar cheese secukupnya, Daun parsley kering

Cara Menyediakan Water Roux :
Satukan tepung dan air, kacau rata.  Masak dengan api perlahan hingga menjadi pes.
Masukkan ke dalam bekas dan tutup dengan plastik supaya tidak kering.  Biarkan sejuk.

Cara-cara Menyediakan Roti :
1.  Masukkan semua bahan basah ke dalam mangkuk pengadun.  Kemudian masukkan garam dan gula terlebih dahulu baru di ikuti oleh bahan-bahan kering dan akhir sekali baru masukkan yis.
2.  Gaul semua bahan kecuali mentega dengan kelajuan perlahan hingga bergaul rata.
3.  Tukar kepada speed sederhana dan putar hingga menjadi doh.  Kemudian masukkan mentega sedikit sedikit dan putar hingga doh menjadi melekit.  Prosess ni mengambil sedikit masa untuk mentega bergaul rata dengan doh.  Putar dengan speed sederhana hingga doh menjadi elastik.
4.  Pindahkan doh ke dalam bekas lain dan tutup dengan plastik atau tuala dapur hingga doh mengembang 2 kali ganda.
5.  Tabur sedikit tepung di tangan dan papan canai.  Bahagikan doh kepada 9 bahagian (60gm setiap satu) dan bulatkan.  Tutup doh dan rehatkan selama 10-15 minit hingga mengembang.
6.  Ambil doh dan tekan dengan tangan untuk membuang angin.  Kemudian canai memanjang.
7.  Terbalikkan doh, dan gulung memanjang 8-10in panjang, rapikan kedua bahagian hujung tepi supaya tidak terbuka.
8.  Letakan di dalam loyang pembakar yang di alas baking paper / di gris mentega.  Tutup dengan plastik dan rehatkan selama 40 minit hingga mengembang 2 kali ganda.
9.  Sapu permukaan roti dengan telur dan tabur keju dan parsley secukupnya.

10.  Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 175C selama 15-20 minit di rak tengah hingga masak.
Roti Jejari Keju / Cheese Breadsticks

Tuesday, 15 April 2014

Lempeng Ubikayu / Cassava Pancake


Lempeng Ubikayu / Cassava Pancake

Bahan-bahan
500gm ubikayu parut
100gm kelapa parut putih
2 sudu besar tepung pulut
1 sudu besar gula pasir
1/4 sudu teh garam
2-3 sudu besar air

Cara-cara :
1.  Satukan kesemua bahan, gaul rata.  Masukkan air sedikit sedikit hingga menjadi adunan yang lembut, tidak keras atau cair.
2.  Leser kuali non stick 4in dengan sedikit mentega.  Masukkan sedikit adunan, ratakan dan tekan2 sedikit.
3.  Masak dengan api perlahan hingga bahagian bawah perang, baru di terbalikkan.
4.  Biarkan setika sehingga kedua permukaan menjadi perang.
Lempeng Ubikayu / Cassava Pancake

Roti Sarang Lebah / Beehive Bread

Roti Sarang Lebah / Beehive Bread
Resipi :  LydiaHoney FB
Sumber :  Madihaa

Bahan-bahan



Sapuan - 1 biji kuning telur + sedikit susu sejat
Bahan Tabur -  Badam Hiris dan kuaci serta bijan

Cara-cara :

  1. Satukan semua bahan-bahan kecuali air ke dalam mangkuk pengadun.  Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga elastik.
  2. Tutup doh dengan kain lembab dan rehatkan sehingga kembang dua kali ganda dari saiz asal.
  3. Tumbuk doh buang anginnya.  Bentukkan menjadi bebola kecil dan aturkan ke dalam loyang yang sesuai.
  4. Tunggu sehingga doh kembang dua kali ganda dari saiz asal.
  5. Sapukan dengan kuning telur. Taburkan di atasnya dengan badam,kuaci dan bijan.
  6. Bakar sehingga masak.


Sos Butterscotch



Cara-cara :

  1. Cairkan mentega.  Masukkan gula perang.  Kacau sehingga gula larut dan berbuih.
  2. Masukkan whipping cream dan garam.  Kacau perlahan-lahan.
  3. Akhir sekali masukkan essen vanila.  Padamkan api, kacau sehingga rata.
  4. Sos nampak cair tetapi apabila sejuk ianya agak pekat, tuangkan ke atas permukaan roti.


 Roti Sarang Lebah / Beehive Bread

Sunday, 13 April 2014

Biskut Cantik Manis


Biskut Cantik Manis

Bahan-bahan
200gm mentega
60gm gula aising - ayak
1 sudu kecil esen vanila
230gm tepung gandum
30gm nestum - kisar halus
2 sudu besar tepung beras

Kuning telur untuk sapuan
Gula pasir kasar untuk taburan

Cara-cara :
1.  Pukul mentega, esen vanila dan gula hingga berkrim.  Masukkan bahan-bahan yang lain dan uli hingga menjadi doh yang lembut.  Rehatkan doh selama 10-15 min dalam peti sejuk.
2.   Masukkan doh ke dalam piping bag dengan  nozzle bergerigi no. 864 dan picit membentuk bulatan.
3.  Sapu permukaan biskut dengan kuning telur dan tabur dengan gula pasir.
4.  Bakar di dalam loyang yang bergris pada suhu 160C di rak tengah selama 15-20 minit.
5.  Biarkan sejuk, dan hias mengikut suka.
Biskut Cantik Manis

Biskut Bangkit Cheese


Biskut Bangkit Cheese
Resipi :  Diana FRD
Sumber :  AlongRoz@HomeKreation

Bahan-bahan



Parutan Keju - utk hiasan

Cara-cara :

  1. Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim.  Masukkan telur dan pukul sebati.
  2. Masukkan bahan-bahan yang lain dan uli hingga sebati.
  3. Canai dan terap dengan acuan yang di sukai.
  4. Susun di dalam loyang yang bergris, sapu permukaan biskut dengan kuning telur dan tabur dengan parutan keju di atasnya.
  5. Bakar di rak tengah pada suhu 160C selama 15-20 minit.

 Biskut Bangkit Cheese

Sunday, 6 April 2014

Apam Bakar Kelantan


Apam Bakar Kelantan

Bahan-bahan
300 gram tepung beras
130 gram gula pasir
1/2 sudu teh garam
2 sudu kecil  yis segera
1 sudu kecil lada hitam*
2 ulas bawang merah*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
200ml air*
200ml santan/susu segar
5-6 biji pisang emas
4 ketul tapai ubikayu lembut

Kelapa parut putih dan sedikit garam (dikukus dan gaul bersama)

Cara-cara :-
1. Kisar bawang merah, halia, lengkuas dan lada hitam dengan 200ml air.  Kemudian tapis.  Ketepikan. 
2.  Lecek pisang, tapai, garam dan gula hingga halus.  Masukkan tepung beras dan gaul hingga rata. 
3.  Tuang santan dan gaul hingga sebati.  Masukkan air kisaran tadi sedikit demi sedikit hingga menjadi seperti adunan pankek.  Masukk yis segera, gaul rata.  Tutup mangkuk adunan dengan plastik dan rehatkan selama 1-2 jam atau lebih hingga adunan menjadi ringan dan berbuih.
4.  Panaskan non-stick pan bersaiz 4in dengan sedikit majerin.  Tuang satu senduk adunan dan masak dengan api perlahan hingga permukaan atas berbuih dan kering, terbalikkankan.  Biarkan beberapa minit sebelum di angkat.
5.  Hidang bersama kelapa parut.
Apam Bakar Kelantan