Udang Firecracker Thai
Bahan-bahan
20 ekor udang sederhana besar - buang kulit dan tinggalkan ekornya
2 sudu besar sos pad Thai atau sos lain yang di sukai
10 keping kulit popia saiz kecil
1 biji putih telur sebagai pelekat
Cara-cara :
1. Potong tiga segi kulit popia.
2. Keringkan udang di atas tissue dapur. Kemudian kelar sedikit bahagian bawahnya supaya udang tidak merengkok.
3. Sapu udang dengan sos pad Thai hingga rata.
4. Ambil sekeping kulit popia, letak udang di atasnya, kemudian gulung 1 kali, lipat penjuru bahagian atas, kemudian gulung. Sapu bahagian hujung tepi kulit popia dengan putih telur dan gulung dengan kemas. Buat hingga habis.
5. Panaskan minyak yang banyak dan goreng hingga kekuningan.
6. Hidang bersama salad dan sos cili Thai.
Udang Firecraker Thai
No comments:
Post a Comment