Monday, 28 April 2014

Udang Breadcrumbs


Udang Breadcrumbs

Bahan-bahan
10 ekor udang harimau / udang putih besar
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil minyak bijan
secubit garam
1/2 sudu besar tepung jagung

Celupan
3 sudu besar breadcrumbs
1 biji telur - pukul ringan

Cara-cara :
1.  Buang kulit udang dan tinggalkan bahagian ekor sahaja.  Kemudian belah belakang tapi jangan sampai putus, keluarkan kotorannya.
2.  Cuci dan toskan. Susun di atas tisu dapur untuk keringkan airnya.
3.  Kemudian gaul dengan bahan-bahan lain hingga rata.  Perap sebentar.
4.  Panaskan minyak yang banyak, celup udang satu persatu dalam telur dan salut dengan breadcrumbs.
5.  Goreng hingga keperangan.  Angkat dan toskan.
6.  Hidang bersama daun salad, daun bawang dan sos kegemaran.
Udang Breadcrumbs


No comments:

Post a Comment