Puding Roti Rintik
Bahan A
7gm serbuk agar-agar
100gm gula pasir
600ml air
Pewarna : kuning, hijau dan merah
Cara- cara :
1. Satukan serbuk agar-agar, air dan gula. Masak hingga mendidih.
2. Bahagikan kepada 3 bahagian. Warnakan setiap satu dengan pewarna kuning, hijau dan merah.
3. Biarkan beku dan potong dadu. Ketepikan.
Bahan B
25gm serbuk agar-agar
300gm gula pasir
400ml santan pekat KARA atau santan kotak
1400ml air
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil pandan pes
2-3 helai daun pandan - di simpul
Bahan C
3 keping roti putih - carikkan kecil-kecil
250ml susu sejat Ideal / susu cair
2 biji telur
Rendam sekejap, masukkan ke dalam pengisar dan kisar halus.
Loyang 9in
Cara-cara :
1. Masak bahan B hingga mendidih.
2. Tuang bahan C, kacau rata dan masak hingga mendidih.
3. Tutup api, masukkan bahan A, kacau rata dan tuang ke dalam acuan.
4. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum di potong.
Puding Roti Rintik
No comments:
Post a Comment