Tuesday, 28 May 2013

Biskut Lidah Kucing Pelangi (Original Citarasawan)

Biskut Lidah Kucing Pelangi

Biskut Lidah Kucing Pelangi
by kakwan citarasawan , pada 28/5/2013

Kakwan tak pasti nak letak nama apa untuk resepi ini, kakwan terfikir mahu membuat sesuatu kelainan untuk hari raya ni, biskut yang lebih mudah, ringkas dan cepat masak.

Kakwan perlukan keunikan untuk biskut ini jadi kakwan tambahkan warna agar ia kelihatan lebih unik dan menarik untuk dilihat, tapi apa nama biskut ni? bikut pelangi? disebabkan kakwan suka kucen, kita pangil dia.. biskut lidah kucing pelangi boleh? hehe xD

Bahan-bahan


Keperluan


Cara-cara :
  1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan emplex.  Ketepikan
  2. Pukul mentega dan gula hingga berkrim.  Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan kaup balikkan dengan spatula hingga rata.
  4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan letak dengan pewarna berlainan.
  5. Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle bulat dan picit lurus mendatar ke dalam loyang lidah kucing mengikut susunan warna pelangi.

Biskut Lidah Kucing Pelangi

6. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 15minit.  Jangan biarkan permukaan atas keperangan kerana menengelamkan warna pelangi.


Biskut Lidah Kucing Pelangi

7. Biarkan biskut suam2 kuku dan terus simpan di dalam bekas kedap udara.  Biskut ni cepat lemau jika di biar terdedah pada udara.  Biskut yang lemau boleh di panaskan semula selama 5-8 minit dalam oven yang di panaskan dahulu dan akan ranggup kembali.

Biskut Lidah Kucing Pelangi di Majalah AROMA


Biskut Lidah Kucing Pelangi Citarasawan yang terlajak laris.. cover majalah Aroma back issue Nov-Dec 2013 dan menjadi biskut terbaru untuk menyambut hari raya

Lidah Kucing Bentuk Hati
Biskut Lidah Kucing Pelangi
Lidah Kucing Bentuk Bunga - Menggunakan loyang bulat

Update Resipi!! Jom lihat versi lain resipi biskut lidah kucing yang kakwan cuba kali ni

Biskut Lidah Kucing Mocha
Biskut Lidah Kucing Keju
Biskut Lidah Kucing Coklat

Resipi versi lain akan datang :)


update 2014
Terima kasih mencuba resepi ini! kakwan tidak menyanka sambutan yang sungguh mengalakan! 

Loyang lidah kucing >> http://citarasawan.blogspot.com/2013/06/loyang-lidah-kucing.html


#update Dec 2016
sistem komen disqus didalam blog ini sudah ditukar kepada komen facebook, jadi komen lama semua hilang huhu, terima kash :)


Biskut Lidah Kucing Mocha


Biskut Lidah Kucing Mocha
Resipi Fatmah Bahalwan NCC

Bahan-bahan
250gm mentega
175gm gula kaster
75ml putih telur
250gm tepung gandum - ayak
1 sudu makan mocha paste
1/4 baking powder (x letak)**
1/2 sudu teh emplex (perangup biskut) (guna 1/4 saja)
30gm chocolate rice (K1 tambah)

Loyang lidah kucing - di gris dengan mentega

Cara-cara :
1.  Pukul mentega dan gula hingga berkrim.  Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.  Masukkan mocca paste dan gaul rata.
2.  Masukkan tepung dan kaup balikkan dengan spatula hingga rata.  Masuukkan coklat rice, gaul rata.
3.  Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle bulat dan picit lurus memanjang ke dalam loyang.
4.  Bakar di dalam oven yang telah di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 15-20 minit.
 Biskut Lidah Kucing Mocha

Saturday, 25 May 2013

Apple Crumble Tart


Apple Crumble Tart

Kulit Tart
250gm tepung gandum
140gm mentega sejuk
2 sudu besar gula kaster
1 biji kuning telur
40ml air sejuk

Cara-cara :
1.  Gaulkan tepung, gula dan mentega dengan hujung jari hingga menjadi seperti serbuk roti.
2.  Masukkan telur dan tambahkan air, uli hingga menjadi doh.
3.  Bungkus doh dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum di gunakan.

Apple Filling
4 biji epal hijau di potong dadu
60gm gula kaster
3/4 sudu teh serbuk kayu manis
2 sudu besar jus lemon
1 sudu besar parutan kulit lemon
1 sudu kecil tepung gandum
Cara :  Satukan semua bahan inti dan masak dalam kuali non-stick hingga pekat.  Kemudian sejukkan.

Bahan Tabur - Optional
50gm parutan keju cheddar
Walnut / macadamia di panggang dan di cincang kasar

Topping Crumble
40gm mentega
30gm gula
60gm tepung gandum

Cara :  Satukan semua bahan crumble, gaul dengan menggunakan hujung jari menjadi seperti serbuk roti.

Cara-cara :
1.  Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart.  Cucuk dengan garpu dan bakar selama 15 minit pada suhu 170C.  Biarkan sejuk.
2.  Keluarkan kulit pastri dari acuan dan letakkan di dalam dulang pembakar.
3.  Masukkan sedikit inti ke dalam kulit tart, tabur dengan parutan keju dan crumble, kemudian bakar selama 15 minit lagi hingga keperangan.
Apple Crumble Tart

Sunday, 19 May 2013

Kuih Akok Durian

Kuih Akok Durian
Olahan dari resipi Zaliana@myresipi

Bahan-bahan
3 biji telur itik
2 biji telur ayam
200ml santan KARA
60gm gula melaka
60gm gula pasir
140ml air
35gm tepung gandum
1 ulas durian - ambil isinya
1/4 sudu teh garam halus
2 helai daun pandan - di simpul

Acuan baulu atau muffin - di gris minyak atau mentega cair

Cara-cara :
1.  Satukan gula melaka, gula, air dan daun pandan.  Masak hingga gula larut.  Sejukkan.
2.  Satukan telur, santan, garam, durian dan tepung, kacau dengan whisk hingga sebati.  Tuang sirap gula dan gaul hingga rata.  Tapis.
3.  Panaskan acuan pada suhu 200C selama 15 minit.  Keluarkan dari oven dan tuang adunan akok hingga penuh..
4.  Bakar api atas dan bawah di rak tengah selama 10-15 minit hingga atasnya keperangan.
5.  Adunan mengelembung sewaktu di keluarkan dan mengecut setelah sejuk.

*** untuk hasil lebih baik gunakan kesemua telur itik atau campuran telur itik dan ayam
*** menggunakan kesemua telur ayam, kuih akok menjadi leper dan tipis.
Kuih Akok Durian

Saturday, 18 May 2013

Talam Keladi Berlauk

Talam Keladi Berlauk
Recipes by : Puan Norzailina Nordin

Bahan-bahan
200 gm keladi – dikiub
175 gm tepung beras
40 g tepung jagung
20 gm tepung gandum
1 liter santan (dari 1 biji kelapa)
1 sudu teh garam

Bahan Lauk
2 sudu besar minyak masak
200 gm udang – dikupas, dicincang
10 gm udang kering – direndam, ditumbuk
4 ulas bawang merah – dijadikan bawang goreng
3 tangkai daun sup }
3 tangkai daun bawang }
2 tangkai cili merah }
Garam secukup rasa

Bahan Sos Cili
4 biji cili merah
1 sudu besar pes cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar gula
2 sudu besar jus limau nipis /1/2 sudu besar cuka
1 sudu besar sos Hoisin
1/2 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh tepung jagung + 80 ml air } Larutkan
Garam secukup rasa

Bahan Sos Kicap
2 sudu besar taucu
250 ml air
50 gm gula pasir
4 sudu teh tepung jagung + 60 ml air } Larutkan
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat

Cara membuat :
1. Untuk lauk. Panaskan minyak, goreng udang segar sehingga berubah warnanya.  Masukkan udang kering, kacau sehingga harum. Angkat.
3. Gaulkan dengan bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili dan garam.
4. Sementara itu, kukus keladi sehingga empuk. Ketepikan.
5. Satukan tepung beras, tepung jagung, tepung gandum, santan dan garam.
6. Kacau atas api perlahan sehingga naik wap. Angkat dan campurkan dengan keladi dan separuh bahan lauk.
7. Tuangkan ke dalam loyang 25 cm yang dilenser minyak.
8. Kukus sehingga 3/4 masak. Taburkan baki bahan lauk di atasnya.
9. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus lagi selama 25 minit atau sehingga masak. Biar sejuk sebelum dipotong.
10. Sos Cili : Kisar semua bahan dan kacau di atas api perlahan sehingga pekat.
11. Sos Kicap : Kisar taucu dan air sehingga hancur. Campurkan dengan bahan lain. Kacau atas api perlahan sehingga pekat.
Talam Keladi Berlauk

Thursday, 16 May 2013

Kuih Lapis Pelangi


Kuih Lapis Pelangi

Bahan-bahan
210gm tepung gandum
170gm tepung beras
70gm tepung ubi
1200ml santan sederhana pekat
800ml santan cair
320gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
2 helai daun pandan di simpul

Pewarna biru, violet, pink, orange dan hijau

Loyang 10 x 10 - di gris

Cara-cara :
1.  Satukan semua tepung, garam dan santan ke dalam mangkuk besar, gaul hingga rata dan tidak berketul.
2.  Masak santan cair, gula dan daun pandan hingga mendidih.  Tutup api dan tuangkan ke dalam mangkuk adunan tepung, kacau dengan segera hingga betul-betul rata.
3.  Tapis adunan dan bahagikan kepada 10 bahagian (250ml setiap satu)
4.  5 bahagian warna asal dan 5 bahagian lagi di masukkan pewarna yang berlainan.
5.  Panaskan pengukus, tuang 250ml warna asal dan kukus selama 4 min hingga masak.
6.  Kemudian tuang 250ml adunan biru, kukus hingga masak
7.  Ulangi langkah 5 dan 6 berselang seli adunan warna asal dan adunan berwarna violet, pink dan oren hingga habis.
8.  Untuk lapisan terakhir tuang 250ml adunan hijau, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 25 minit.
9.  Angkat dan biarkan betul2 sejuk baru di potong menggunakan pemotong kuih plastik.
Kuih Lapis Pelangi

Monday, 13 May 2013

Pulut Kuning Berlapis Serunding


Pulut Kuning Berlapis Serunding

Bahan-bahan
500 gram beras pulut
Sekeping asam gelugur
2 sudu teh serbuk kunyit
2 helai daun pandan (disimpulkan)
350ml santan segar
1 1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula

Serunding ayam / daging secukupnya

Cara-cara :
1. Cuci pulut kemudian rendam sekurangnya 4 jam atau semalaman di dalam air dengan asam gelugur dan serbuk kunyit.
2. Ketepikan asam, tos dan kukus pulut dengan daun pandan kira-kira 25 minit atau hingga tiga suku masak.
3. Angkat pulut, letak di dalam mangkuk besar.
4. Gaul santan, garam dan gula,  kacau bersama pulut tadi, biarkan seketika sehingga pulut meresap santan.
5. Kukus semula selama 15-20 minit atau hingga masak.
6. Alas dasar loyang dengan plastik, ratakan pulut dan tekan dengan penekan kek lapis yang di alas plastik.  Tabur dengan serunding hingga rata dan lapis lagi dengan pulut.  Tekan hingga padat.
7.  Hias dengan sayuran 

Tuesday, 7 May 2013

Puding Kentang Lapis Coklat Polkadot

Puding Kentang Lapis Coklat Polkadot
Sumber :  IbuMai@Myresipi.com

Bahan-bahan
13gm serbuk agar-agar (1 packet)
400gm ubi kentang (4-5biji)
2 biji telur
400ml susu sejat (1 tin)
250ml santan pekat (1 cawan)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh garam
350gm gula (1 1/2 cawan)
1250ml air (5 cawan)
2 sudu besar coklat emulco - tambah *

Loyang 9 x 9"

Cara-cara :
1.  Kupas kentang, potong 4, rebus hingga empuk.  Tos dan ketepikan.
2.  Satukan kentang, telur, santan pekat, susu sejat, esen vanila dan garam di dalam pengisar dan kisar  hingga halus.  Ketepikan.
3.  Masak serbuk agar-agar, air dan gula, hingga mendidih.  Perlahankan api dan tuang kentang yang di kisar tadi.   Kacau rata dan masak selama 2-3 minit.
4.  Bahagikan kepada 2 bahagian, satu adunan asal dan 1 bahagian di tambah coklat emulco.
5.  Tuang adunan asal, masukkan ke dalam peti sejuk biarkan beku.  Cakar sedikit permukaannya dan tuang adunan coklat ke atasnya.  Simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.

*** Untuk puding kentang polkadot, ambil satu straw besar dan cucuk beberapa lubang di atas agar-agar dasar tadi, keluarkan agar-agar di dalamnya.  Kemudian tuang agar-agar coklat ke atasnya.

*** Untuk corak marble, tuang adunan asal berselang seli dengan adunan coklat hingga habis.
Puding Kentang Lapis Coklat Polkadot

Monday, 6 May 2013

Puding Peach / Peach Pudding

Puding Peach / Peach Pudding

Bahan-bahan
13gm serbuk agar-agar
400ml air
200ml sirap peach
400ml susu sejat / susu cair
100gm gula pasir
1 sudu kecil esen vanila
10gm tepung jagung
1 tin buah peach (asingkan buah dan sirapnya)

Hiasan :  Hirisan buah peach secukupnya

Cara-cara :
1.  Basahkan acuan dan ketepikan.
2.  Masak serbuk agar-agar, air, sirap peach dan gula hingga mendidih.  Kecilkan api.
3.  Satukan susu sejat, esen vanila dan tepung jagung, kacau hingga larut.  Kemudian tuangkan ke dalam adunan agar-agar tadi.  Masak sebentar dengan api perlahan, tutup api dan angkat.
4.  Bahagikan kepada 2 bahagian.  Tuang 1 bahagian ke dalam acuan, biarkan beku.  Kemudian taburkan dengan hirisan buah peach.  Tuang agar-agar selebihkan dan biarkan beku.
5.  Atur hirisan buah peach di atasnya dan simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.
Puding Peach / Peach Pudding