Bahan-bahan
13gm serbuk agar-agar
400ml air
200ml sirap peach
400ml susu sejat / susu cair
100gm gula pasir
1 sudu kecil esen vanila
10gm tepung jagung
1 tin buah peach (asingkan buah dan sirapnya)
Hiasan : Hirisan buah peach secukupnya
Cara-cara :
1. Basahkan acuan dan ketepikan.
2. Masak serbuk agar-agar, air, sirap peach dan gula hingga mendidih. Kecilkan api.
3. Satukan susu sejat, esen vanila dan tepung jagung, kacau hingga larut. Kemudian tuangkan ke dalam adunan agar-agar tadi. Masak sebentar dengan api perlahan, tutup api dan angkat.
4. Bahagikan kepada 2 bahagian. Tuang 1 bahagian ke dalam acuan, biarkan beku. Kemudian taburkan dengan hirisan buah peach. Tuang agar-agar selebihkan dan biarkan beku.
5. Atur hirisan buah peach di atasnya dan simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.
Puding Peach / Peach Pudding
No comments:
Post a Comment