Monday, 13 May 2013
Pulut Kuning Berlapis Serunding
Pulut Kuning Berlapis Serunding
Bahan-bahan
500 gram beras pulut
Sekeping asam gelugur
2 sudu teh serbuk kunyit
2 helai daun pandan (disimpulkan)
350ml santan segar
1 1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula
Serunding ayam / daging secukupnya
Cara-cara :
1. Cuci pulut kemudian rendam sekurangnya 4 jam atau semalaman di dalam air dengan asam gelugur dan serbuk kunyit.
2. Ketepikan asam, tos dan kukus pulut dengan daun pandan kira-kira 25 minit atau hingga tiga suku masak.
3. Angkat pulut, letak di dalam mangkuk besar.
4. Gaul santan, garam dan gula, kacau bersama pulut tadi, biarkan seketika sehingga pulut meresap santan.
5. Kukus semula selama 15-20 minit atau hingga masak.
6. Alas dasar loyang dengan plastik, ratakan pulut dan tekan dengan penekan kek lapis yang di alas plastik. Tabur dengan serunding hingga rata dan lapis lagi dengan pulut. Tekan hingga padat.
7. Hias dengan sayuran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment