Bahan-bahan
4 biji telur
120gm gula kaster
1 sudu teh ovalete
120gm tepung gandum
40gm susu tepung
60ml mentega cair
150gm keladi rebus
60ml susu segar / santan
1/4 sudu teh garam
Pewarna ungu dan kuning
Hiasan : sedikit buttercream dan parutan keju cheddar
Loyang : 9 x 4 x 3in - alas dan gris
Cara-cara :
1. Kisar keladi dengan sedikit air hingga halus, jadikan pes keladi. Ketepikan.
2. Pukul telur, gula dan ovalete hingga kembang dan pekat. Masukkan tepung dan susu tepung yang telah di ayak sambil di putar perlahan.
3. Masukkan pes keladi, mentega cair, susu cair dan garam, gaul hingga rata.
4. Bahagikan kepada 2 bahagian, satu di warna kuning dan satu satu lagi di warnakan ungu.
5. Tuang adunan kuning dan kukus selama 15 minit di dalam pengukus yang telah di panaskan dahulu.
6. Setelah masak, tuangkan adunan ungu dan kukus selama 20 minit hingga masak.
7. Sejukkan dahulu, sapu sedikit buttercream dan tabur dengan parutan keju cheddar.
*** Lap tutup pengukus setiap kali mengangkatnya supaya air tidak menitis ke atas kek.
Kek Kukus Keladi Ala Lapis Bogor
No comments:
Post a Comment