Envelope Danish Pastry / Danish Pastri Sampul
Bahan-bahan
1 packet pastri jenama kawan atau pastri 10 x10 (bole di beli di pasaraya)
Jem blueberry atau yang di sukai
Kuning telur untuk sapuan
Cara-cara :
1. Ambil sekeping pastri lipat menjadi segitiga. Gunting atau potong 1/2 in kedua bahagian sisinya dengan pisau tajam tetapi jangan sampai putus.
2. Buka semula lipatan, ambil bahagian yang putus dan lipat ke arah bertentangan, temukan kedua bahagian hujungnya. Tekan sedikit atau sapu sedikit air supaya hujungnya tidak terbuka.
3. Sapu dengan kuning telur, masukkan jem di tengahnya. Boleh juga menggunakann potongan buah dalam tin seperti hirisan peach atau hirisan apple segar.
4. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 25-30 minit. Untuk 15 minit terakhir pasangkan kipas oven supaya pastri masak dengan sekata.
5. Jika menggunakan pastri 10 x 10, potong kepada 6 bahagian.
Envelope Danish Pastry / Danish Pastri Sampul
No comments:
Post a Comment