Wednesday, 10 April 2013

Palmiers / Biskut Telinga Gajah

Palmiers / Biskut Telinga Gajah

Bahan-bahan
1 keping pastri puff 10 x 10" (bole di beli di pasaraya)
1/4 cawan gula perang / gula pasir
1 sudu besar mentega cair
secubit garam
1 sudu teh serbuk kayu manis

Cara-cara :
1.  Alas meja dengan sekeping kertas minyak.  Tabur sedikit gula perang dan garam keatasnya, ratakan.
2.  Letak pastri puff di atasnya, canai sedikit jika pastri terlalu tebal.  Sapu ringan permukaannya dengan mentega cair kemudian tabur dengan gula perang, garam dan serbuk kayu manis hingga rata.
3.  Gulung memanjang kedua-dua belah tepi pastri hingga bertemu di tengah.
4.  Bungkus dengan rapi dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
5.  Keluarkan dari peti sejuk, potong setebal 1/2in, atur di atas dulang pembakar yang di alas baking paper.
6.  Picit sedikit pada bahagian tengah supaya tidak terbuka sewaktu di bakar, jarakkan 2 in antara satu kerana pastri akan mengembang apabila di bakar.
6.  Panaskan oven pada suhu 180C dan bakar di rak tengah selama 20-30 minit hingga keperangan.
Palmiers / Biskut Telinga Gajah

No comments:

Post a Comment