Friday, 30 August 2013

Pancake Pizza / Pizza Pancake


Pancake Pizza / Pizza Pancake

Bahan-bahan
175gm tepung gandum
1/4 sudu teh baking powder
200ml susu cair
50ml mentega cair
2 biji telur
1/4 sudu teh garam

BahanTopping
4 keping daging Asap (smoked chicken) - gunting memanjang
Daun parsley - cincang
Capsicum merah - dadu
Parutan keju cheddar secukupnya
Parsley flakes - jika suka
Cara-cara :
1.  Satukan semua bahan, gaul rata dan sebati.  Ketepikan.
2.  Panaskan kuali non stick dengan sedikit mentega.  Tuang adunan, masak dengan api kecil, tutup dengan penutup sekejap hingga separuh masak.
3.  Tabur atasnya dengan daun parsley, capsicum dan daging asap.  Biarkan seketika, kemudian tabur dengan parutan keju cheddar dan parsley flakes ke atasnya.  Tutup dengan penutup sekejap sehingga masak.
Pancake Pizza / Pizza Pancake

Thursday, 29 August 2013

Biskut Sagu Cornflakes / Sago Cornflakes Cookies

Biskut Sagu Cornflakes / Sago Cornflakes Cookies

Bahan-bahan
200gm mentega
20gm shortening
90gm gula icing
180gm tepung gandum
100gm tepung sagu
50gm cornflake kisar halus
50gm serbuk badam/gajus

Hiasan :  Coklat M&M atau Smarties

Cara-cara :
1.  Pukul mentega, shortening dan gula hingga berkrim.
2.  Masukkan tepung, cornflakes dan serbuk badam.  Uli menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari.
3.  Ambil sebesar ibu jari, gentel bulat dan hias atasnya dengan coklat berwarna warni m&m.
4.  Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 160C selama 20-25 minit.
 Biskut Sagu Cornflakes / Sago Cornflakes Cookies

Wednesday, 28 August 2013

Biskut Kastard Lemon / Lemon Custard Cookies


Biskut Kastard Lemon

Bahan-bahan
250gm mentega
100gm gula icing
50gm tepung kastard
200gm tepung kentang
100gm tepung gandum
1 sudu teh lemon emulco
1 sudu besar parutan halus kulit lemon

Hiasan :  Lemon Sugar colours

Cara-cara :
1.  Ayak tepung kentang, tepung kastard dan tepung gandum.  Ketepikan.
2.  Pukul mentega dan gula icing hingga berkrim, masukkan lemon emulco dan putar hingga sebati.
3.  Masukkan tepung, parutan kulit lemon dan gaul dengan spatula hingga rata.  Rehatkan selama 15 minit.
4.  Ambil doh sebesar ibu jari (10gm) bulatkan dan tekan dengan garpu di atasnya.
5.  Tabur sugar colour (gula berwarna) atau hiasan lain yang di sukai.
6.  Bakar di dalam oven yang telah di panaskan dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit.
 Biskut Kastard Lemon / Lemon Custard Cookies

Tuesday, 27 August 2013

Dadar Pisang Keju / Banana Cheese Crepes


Dadar Pisang Keju / Banana Cheese Crepes

Bahan-bahan
80gm tepung gandum
20gm susu tepung
2 sudu besar gula kaster
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
200ml susu cair
3 sudu besar mentega cair
1 sudu teh paste pandan / pewarna hijau

Filing
5 biji pisang raja
1 sudu besar mentega
parutan keju cheddar secukupnya

Cara-cara :
1.  Filling :  Panaskan mentega dan pisang hingga keperangan.  Angkat dan ketepikan.
2.  Satukan semua bahan dadar, kacau hingga rata dan tapis
3.  Panaskan kuali non-stick, tuang adunan dadar dan biarkan atasnya mengering.
4.  Ambil sekeping dadar, letak pisang di tengahnya dan tabur dengan parutan keju.  Gulung dan lipat.  Potong-potong sebelum di hidangkan.
Dadar Pisang Keju / Banana Cheese Crepes

Monday, 26 August 2013

Acar Mentah


Acar Mentah

Bahan-bahan
2 biji timun / zucchini
1/2 batang carrot
1/2 biji capsicum hijau/merah/kuning
1 hiris nenas - jika suka
1/2 labu bawang besar
1 tangkai cili merah
3 sudu  besar cuka makan
2 sudu besar gula pasir
garam secukup rasa

Cara :  Kesemua sayuran di potong memanjang.  Timun di buang empulurnya.  Campurkan cuka, gula dan garam hingga rata, gaul bersama hirisan sayur-sayur, biarkan seketika sehingga cuka meresap.  Sedia di hidang sebagai hidangan sampingan untuk pelbagai jenis nasi.

Saturday, 24 August 2013

Bolu Kukus Pulut Hitam

Bolu Kukus Pulut Hitam
Sumber: www.sajiansedap.com

Bahan-bahan
6 biji telur ayam
250gm gula halus
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh ovalette
250gm tepung pulut hitam
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
200ml mentega cair
2 sudu besar susu pekat manis

Cara-cara :
1.  Pukul telur, gula, garam, esen vanila dan ovalette hingga kembang dan pekat.
2.  Masukkan tepung pulut hitam dan gaul hingga rata.
3.  Masukkan mentega cair dan susu pekat manis sedikit demi sedikit sambil di putar hingga rata.
4.  Tuang di dalam loyang 9 x 9 in yang di alas kertas minyak dan di gris mentega atau acuan-acuan kecil yang di gris dahulu.
5.  Kukus selama 20 - 25 minit hingga masak dengan api sederhana.
Bolu Kukus Pulut Hitam

Friday, 23 August 2013

Kuih Lapis Coklat Pandan

Kuih Lapis Coklat Pandan

Bahan A
270gm tepung beras
200gm tepung ubi
30gm tepung jagung
1/2 sudu teh garam
400ml santan KARA
250ml air

Bahan B
300gm gula pasir
500ml air
4 helai daun pandan

Bahan C - Pes Coklat
1 sudu besar serbuk koko (larutkan dgn sedikit air) +
1 sudu kecil coklat emulco

Bahan D - Pes Pandan
50ml jus pandan + pewarna hijau secukupnya

Loyang 8 x 8 in - di alas plastik dan di gris

Cara-cara :
1.  Satukan bahan A, gaul rata dan ketepikan.
2.  Masak bahan B hingga mendidih, tuang ke dalam bahan A, kacau dengan cepat hingga rata.  Kemudian Tapis.
3.  Bahagikan kepada tiga bahagian.  Satu bahagian diletak pes coklat (C) dan satu lagi diletak pes pandan (D) dan satu bahagian warna asal.
4.  Setiap bahagian pula di bahagikan kepada 3.
5.  Tuang 1 bahagian warna coklat, kukus selama 5 minit.  Kemudian tuang 1 bahagian warna putih, kukus selama 5 minit.  Diikuti 1 bahagian warna hijau dan kukus selama 5 minit.
6.  Ulangi melapis berselang warna hingga habis.
7.  Untuk lapisan terakhir tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 25 minit.
8.  Biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum di potong dengan plastic cutter.
 Kuih Lapis Coklat Pandan

Thursday, 22 August 2013

Kuih Lapis Coklat


Kuih Lapis Coklat

Bahan A
250gm tepung beras
350gm tepung ubikayu
40gm tepung sagu
400ml santan pekat
1 sudu teh garam

Bahan B
450gm gula pasir
1000ml air

Bahan C - pes coklat
30gm serbuk coklat + 1/2 sudu teh nescafe (larutkan dgn 60ml air panas)
atau 2 sudu besar coklat emulco + 1/2 sudu teh nescafe

Loyang 9x9 di alas plastik dan di gris

Cara-cara :
1.  Satukan bahan A, kacau hingga sebati.  Ketepikan.
2.  Masak bahan B hingga mendidih, tuang ke dalam bahan A dan kacau dengan cepat hingga rata. Tapis.
3.  Bahagikan kepada 2 bahagian, satu adunan asal dan satu lagi di campur pes coklat.
4.  Untuk adunan asal dan coklat, bahagikan setiap adunan kepada 5 bahagian yang sama banyak.
5.  Tuang adunan asal untuk lapisan pertama.  Kukus selama 5 minit.  Kemudian di ikuti lapisan coklat, kukus selama 5 minit.
6.  Ulangi melapis berselang warna hingga habis.
7.  Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 25 minit.
8.  Biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum di potong dengan plastik cutter.
Kuih Lapis Coklat

Kuih Lapis Tepung Sagu


Kuih Lapis Tepung Sagu

Bahan A
500gm tepung sagu
25gm tepung beras
1 1/2 sudu teh garam
800ml santan pekat
50ml air daun pandan (15 helai daun pandan + 60ml air) kisar dan tapis
pewarna hijau dan merah secukupnya

Bahan B
500ml air
500gm gula pasir
2 helai daun pandan
6 helai daun limau purut - buang tulangnya

Loyang 7x7 di alas plastik dan di leser minyak

Cara-cara :
1.  Satukan tepung sagu, tepung beras, garam dan santan.  Gaul hingga rata dan ketepikan.
2.  Satukan bahan B, masak hingga mendidih, Tuang segera ke dalam adunan tepung dan kacau dengan cepat hingga sebati. Tapis.
3.  Bahagikan kepada 3 bahagian, satu adunan warna asal, satu adunan di masukkan pewarna hijau dan air daun pandan dan satu bahagian lagi di warnakan merah.
4.  Ambil 165ml adunan putih, kukus selama 5 minit di atas api sederhana.
5.  Ambil 165ml adunan hijau dan kukus selama 5 minit.  Di ikuti dengan 165ml adunan merah dan kukus selama 5 minit.
6.  Ulangi melapis berselang warna hingga habis.
7.  Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit.
8.  Biarkan betul-betul sejuk sebelum di potong dengan plastik cutter.
Kuih Lapis Tepung Sagu