Kuih Lapis Coklat
Bahan A
250gm tepung beras
350gm tepung ubikayu
40gm tepung sagu
400ml santan pekat
1 sudu teh garam
Bahan B
450gm gula pasir
1000ml air
Bahan C - pes coklat
30gm serbuk coklat + 1/2 sudu teh nescafe (larutkan dgn 60ml air panas)
atau 2 sudu besar coklat emulco + 1/2 sudu teh nescafe
Loyang 9x9 di alas plastik dan di gris
Cara-cara :
1. Satukan bahan A, kacau hingga sebati. Ketepikan.
2. Masak bahan B hingga mendidih, tuang ke dalam bahan A dan kacau dengan cepat hingga rata. Tapis.
3. Bahagikan kepada 2 bahagian, satu adunan asal dan satu lagi di campur pes coklat.
4. Untuk adunan asal dan coklat, bahagikan setiap adunan kepada 5 bahagian yang sama banyak.
5. Tuang adunan asal untuk lapisan pertama. Kukus selama 5 minit. Kemudian di ikuti lapisan coklat, kukus selama 5 minit.
6. Ulangi melapis berselang warna hingga habis.
7. Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 25 minit.
8. Biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum di potong dengan plastik cutter.
Kuih Lapis Coklat
No comments:
Post a Comment