Biskut Kastard Lemon
Bahan-bahan
250gm mentega
100gm gula icing
50gm tepung kastard
200gm tepung kentang
100gm tepung gandum
1 sudu teh lemon emulco
1 sudu besar parutan halus kulit lemon
Hiasan : Lemon Sugar colours
Cara-cara :
1. Ayak tepung kentang, tepung kastard dan tepung gandum. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula icing hingga berkrim, masukkan lemon emulco dan putar hingga sebati.
3. Masukkan tepung, parutan kulit lemon dan gaul dengan spatula hingga rata. Rehatkan selama 15 minit.
4. Ambil doh sebesar ibu jari (10gm) bulatkan dan tekan dengan garpu di atasnya.
5. Tabur sugar colour (gula berwarna) atau hiasan lain yang di sukai.
6. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit.
Biskut Kastard Lemon / Lemon Custard Cookies
No comments:
Post a Comment