Ayam Goreng Gajus
Bahan-bahan
200gm isi ayam di hiris nipis
1 biji putih telur
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar kicap cair
sedikit serbuk lada putih
4 batang jagung muda - hiris serong
4 tangkai cili kering - di gunting
2 batang daun bawang - hiris
1cm halia - hiris halus
1 sudu besar sos tiram
25gm biji gajus yang di sangai
1 sudu kecil tepung jagung larutkan dengan 3 sudu besar air (pemekat)
Cara-cara :
1. Gaul isi ayam bersama putih telur, tepung jagung, minyak bijan, kicap cair dan serbuk lada putih. Perapkan sebentar.
2. Kemudian goreng hingga ayam kekuningan. Angkat dan ketepikan.
3. Tumis halia hingga naik bau, masukkan sos tiram, cili kering dan ayam tadi.
4. Kemudian masukkan jagung muda, biji gajus dan campuran tepung jagung dan air. Masak sebentar. Angkat dan hidangkan dengan daun bawang dan parutan lobak merah jika suka.
Sunday, 26 January 2014
Tuesday, 21 January 2014
Kek Buah Kukus Chef Zubaidah
Kek Buah Kukus Chef Zubaidah
Resepi : Che Zubaidah
Sumber : Mas / KNor
Bahan-bahan
225gm mentega - K1 (250gm)
340gm gula pasir - K1 (250gm)
50ml air panas
500gm mixed fruits
3 biji telur A
1 sudu teh esen vanila
Bahan Ayak
350gm tepung gandum - K1 (360gm)
2 sudu teh soda bikarbonat - K1 (1 sudu teh)
1 sudu teh cream of tartar
1 sudu kecil serbuk buah pala
Loyang 7x7in - (K1 guna loyang 9in - di alas dan di gris dasar dan kelilingya)
Cara-cara :
1. Masak gula pasir hingga perang, tutup api dan masukkan air panas perlahan-lahan, tuang di bahagian tepi periuk supaya tidak terpercik. Masukkan mentega dan biarkan mentega cair.
2. Masukkan mixed fruits dan biarkan mendidih seketika. Ketepi dan sejukkan sebentar.
3. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit ke dalam mixed fruit dan gaul hingga rata menggunakan sudip kayu.
4. Dalam bekas lain, pukul telur hingga berbuih dengan hand mixed. Kemudian tuang ke dalam adunan tadi sedikit demi sedikit dan gaul hingga rata. Jika adunan likat, tambahkan 1-2 sudu besar air panas lagi dan gaul hingga rata.
5. Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 4 jam (K1-2 jam saja) di dalam pengukus yang di panaskan terlebih dahulu
Nota dari KNor@Secubit Garam dan Mas
Kukus selamat 4 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Kek ni kalau kukus 2 jam pun dah masak, tapi untuk mendapatkan kelembapan yang lebih, kukuslah selama 4 jam. Kukus dengan api yang sederhana pada 2 jam yang pertama dan pada 2 jam yang terakhir kukus dengan api yang kecil jer. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.
Alas tutup pengukus ngan tuala @ kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang @ bekas dengan aluminium foil yang dilenser dengan mentega semasa mengukus kek supaya kek tidak melekat di aluminium foil. Lebih baik guna bekas yang besar dan tinggi sedikit (k.nor guna loyang bulat 9")
Bila kek ni dah masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek ni dalam pengukus dulu hingga sejuk. Jika terus angkat buah akan turun. Pastu bolehlah keluarkan dari pengukus. Potong kek bila ia benar benar sejuk, lebih bagus, biar kan ia semalaman.(tak perlu letak dlm peti ais)
Nota:Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari. Untuk menambah kelembapannya, balut dengan plastik dan simpan 2-3 hari, baru dipotong dengan pisau yang tajam.Boleh kukus dalam bekas lebih besar jika sukakan kek yang tidak tebal.

Sunday, 19 January 2014
Kuih Bakar Betawi / Bingka Betawi
Kuih Bakar Betawi / Bingka Betawi
Citarasawan own recipe
Bahan-bahan
200gm tepung gandum
50gm tepung kastard
100gm gula pasir
300gm tapai ubikayu manis dan lembut
300ml santan KARA atau santan kotak
300ml air
1 sudu besar mentega cair
1/2 sudu teh garam
2 biji telur A - pukul ringan
50gm parutan keju kraft
50gm parutan keju untuk taburan
Cara-cara :
1. Satukan tepung gandum dan tepung kastard. Ketepikan
2. Potong tapai kecil2, masukkan ke dalam pengisar bersama gula, air, santan dan garam. Kisar hingga halus. Masukkan ke dalam bekas.
3. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit, sambil di kacau dengan hand mixer hingga rata, masukkan telur, parutan keju dan mentega cair, kacau hingga sebati.
4. Leser loyang dengan mentega cair, panaskan hingga minyak berdesir. Kemudian tuangkan adunan hingga penuh.
5. Bakar selama 10 minit di rak tengah pada suhu 190C, keluarkan dari ketuhar, tabur dengan parutan keju di atasnya. Bakar semula selama 20 minit hingga atasnya keperangan.
6. Biarkan sejuk sebelum di potong dan di hidang.
** Keju bole di ketepikan jika tidak suka ..
Kuih Bakar Betawi / Bingka Betawi
Thursday, 16 January 2014
Daging Goreng Kacang Sepat
Daging Goreng Kacang Sepat
Bahan-bahan
300gm daging lembut
10-15 tangkai kacang sepat
1 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih - cincang
1 in halia - hiris halus
1 sudu besar minyak untuk menumis
1 sudu besar stok ayam maggie
1/2 sudu teh serbuk lada hitam kasar
Bahan (Perap)
1/2 sudu besar sos hoisin
1 sudu kecil minyak bijan
2 sudu besar tepung jagung
Cara-cara :
1. Hiris nipis daging, perap dengan bahan perapan selama 15 minit.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali non-stick. Goreng hirisan daging, sambil di balik2kan hingga masak. Angkat dan ketepikan.
3. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan sos tiram dan stok ayam. Kemudian masukkan daging. Gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan serbuk lada hitam dan kacang sepat. Goreng sebentar dan sedia di hidang.

Sunday, 12 January 2014
Kek Lapis Keju Oreo
Kek Lapis Keju Oreo
Bahan A
Bahan B - Adunan Keju
Bahan C- Adunan Biru
Bahan D
- [message]
- Loyang 8 x 8in di alas dasar dan gris
- [message]
- Cara-cara Bahan A
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
3. Satu bahagian di adun bersama bahan B (Adunan Keju) dan satu bahagian lagi di adun bersama bahan C. (Adunan Biru)
4. Bahagikan Adunan Biru kepada 2 bahagian, untuk lapisan atas dan bawah.
5. Ambil 6 sudu besar adunan biru, ratakan ke dalam loyang. Bakar api atas dan bawah pada suhu 180C selama 8-10 minit atau hingga permukaan keperangan.
6. Angkat, tekan dengan penekan kek lapis, cucuk dengan garpu dan sapu sedikit mentega cair pada permukaan kek. Ulangi lapisan biru yang kedua dan bakar dengan api atas saja selama 8 minit. Ulangi sehingga 3 lapisan biru.
7. Ambil 7 sudu besar adunan keju, ratakan dan susun biskut oreo di atasnya. Bakar hingga permukaannya keperangan, tekan dengan penekan kek lapis setiap lapisan.
8. Ulangi sehingga adunan keju dan oreo habis.
9. Untuk lapisan atas, ambil 6 sudu besar adunan biru, ulangi melapis dan membakar sehingga 3 lapisan.
10. Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil, dan bakar dengan api atas dan bawah selama 15 minit hingga masak sekata.
- [message]
- Bahan B :
- Pukul krim keju. lemon paste dan susu pekat manis hingga berkrim, kaup balikkan dengan adunan yang di bahagi tadi.
- [message]
- Bahan C :
- Pukul mentega dan susu pekat manis hingga berkrim. Masukkan ke dalam adunan yang di bahagi tadi bersama pewarna biru, kaup balikan hingga sebati dan bahagikan kepada 2 bahagian untuk lapisan atas dan bawah.
Kek Lapis Keju Oreo
Saturday, 11 January 2014
Kentang Panggang / Roasted Potatoes
Kentang Panggang / Roasted Potatoes
Bahan-bahan
2 biji kentang yukon emas
2 biji kentang merah
2 sudu besar mentega cair
2 sudu besar minyak zaitun
daun parsley kering
2 sudu kecil bawang putih goreng
sedikit garam dan serbuk lada putih
Cara-cara :
1. Potong kesemua kentang mengikut saiz yang di kehendaki.
2. Gaul bersama minyak zaitun, mentega cair, bawang putih goreng, garam dan serbuk lada putih hingga rata.
3. Alas dulang oven dengan aluminium foil, masukkan kentang dan bakar pada suhu 200C selama 15 minit. Keluarkan dulang dari oven, balik2 kan ubi kentang supaya masak dengan rata.
4. Bakar semula selama 10-15 minit sehingga kentang keperangan dan lembut.
5. Angkat dan tabur dengan parsley kering atau parutan keju jika suka.
** Bole juga menggunakan jenis kentang yang lain..
Kentang Panggang / Roasted Potatoes
Kek Lapis Coklat Strawberry
Kek Lapis Coklat Strawberry
Bahan A
480gm mentega tulen
14 biji kuning telur
150gm gula kaster
5 sudu besar susu pekat manis
2 sudu kecil ovalette
230gm tepung hong kong
1 sudu kecil baking powder
Bahan B
6 biji putih telur
1/4 sudu teh cream of tartar
120gm gula kaster
Bahan C
20gm serbuk koko - ayak
1 sudu besar coklat emulco
Bahan D
2 sudu kecil strawberry emulco
50gm strawberry filing atau jem yang halus
Pewarna merah
Loyang 8 x 8 in di alas dan gris dasarnya.
Cara-cara :
1. Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
2. Satukan mentega, gula kaster, susu pekat dan ovalette. Pukul hingga berkrim. Kemudian masukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul hingga rata dan sebati.
3. Masukkan adunan mentega ke dalam mangkuk besar, kemudian masukkan tepung dan kaup balikkan hingga sebati.
4. Satukan bahan B, pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan kental.
5. Kaup balikkan ke dalam adunan tadi hingga rata.
6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian di masukkan bahan C, gaul rata.
7. Satu bahagian lagi di masukkan bahan D, gaul rata. Satu bahagian lagi di biar warna asal.
8. Ambil 6 sudu besar adunan merah, ratakan di dalam loyang dan bakar api atas dan bawah selama 8 minit atau pemukaannya perang. Tekan dengan penekan kek lapis, cucuk permukaan dengan garpu dan sapu dengan sedikit mentega.
9. Ulangi lapisan kedua 6 sudu besar adunan coklat, bakar dengan api atas saja, ulangi langkah di atas. Dan seterusnya untuk lapisan ketiga adunan asal.
10. Ulangi melapis adunan merah, coklat dan warna asal berselang seli hingga habis.
11. Untuk lapisan terakhir tutup loyang dengan aluminium foil dan bakar dengan api atas dan bawah selama 15 minit hingga masak sekata.
Kek Lapis Coklat Strawberry
Ayam Panggang Kalasan
Ayam Panggang Kalasan
Bahan-bahan
1 ekor ayam kampung, potong besar
1 in lengkuas - di ketuk
2 batang serai - di ketuk
700ml santan pekat
garam secukupnya
1/2 keping gula melaka - racik halus
Hirisan timun dan daun salad
Bahan kisar
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1 sudu besar biji ketumbar
1/2 sudu teh jintan halus
Sambal limau
5 tangkai cili merah
2 biji limau nipis - ambil jus
1 sudu teh serbuk belacan
garam dan gula merah secukupnya
(Tumbuk atau kisar cili hingga halus, perasakan dengan garam, serbuk belacan, gula dan perahan jus limau)
Cara-cara :
1. Masak santan bersama lengkuas dan serai yang di ketuk. Masukkan bahan kisar dan biarkan mendidih hingga terbit minyak. Perasakan dengan garam dan gula merah secukupnya.
2. Masukkan ayam, tutup periuk dan masak dengan api kecil hingga kuah meresap dan kuah menjadi pekat.
3. Tutup api, keluarkan ayam dan panggang di atas bara api atau oven. Lumur dengan kuahnya ketika membakar dan bakar hingga keperangan.
4. Sajikan dengan hirisan sayur dan sambal limau.
Wednesday, 1 January 2014
Cake Pop / Pop Kek
Cake Pop
Iklan Entri
Untuk maklumat lanjut mengenai peralatan kek dan biskut, resepi dan petua masakan yang praktikal, lawati facebook Dapur Jasmin di http://facebook.com/dapurjasmin
Di sini, Dapur Jasmin berkongsi resepi Cake Pop yang amat popular di negara Barat, ia di sediakan utnuk majlis perkahwinan, party harijadi dan sebagainya. Cake Pop bukan sahaja sedap bersalut coklat dengan aneka hiasan dari coklat rice, manik hundred thousand yang berwarni warni yang di hias begitu comel dan menarik, memeriahkan suasana hidangan, tetamu pasti tertawan. Pengunjung Resipicitarasawan silakan mencuba resepi yang senang tapi menarik ini. :)
*---------------------------------------------------------------------------------------------*
Nak buat Cake Pop, senang je. Cuma perlu 5 langkah.
1. Bakar Kek Cake Pop seperti arahan di bawah.
2. Campur cream cheese dan bentuk kek yang diramas menjadi bulat.
3. Simpan dalam peti 6 jam.
4. Bulatkan. Cucuk batang lollipop dan celup coklat.
5. Hiaskan ikut citarasa.
Bahan-Bahan boleh di dapati di Dapur Jasmin
- 1 Paket Cake Pop Mix
- 250g Butter
- 5 biji Telur
- Batang Lollipop
- Coklat Masakan
- Hiasan Manik
- Piping Bag
Cara-cara
Cara menyediakan cake untuk Cake Pop
1. Putar ‘Cake Pop Mix’ bersama butter selama 8-10 minit.
2. Masukkan telur satu per satu. Putar sebati.
3. Jika minat cake pop warna-warni, anda boleh warnakan adunan dalam mangkuk berlainan.
4. Tuangkan adunan ke dalam dulang 8”x8” yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 175C.
5. Setkan timer untuk 40 minit.
6. Gunakan Cake Tester untuk memastikan kek betul-betul masak. Jika tiada terlekat apa-apa bila dikeluarkan, itu bermaksud kek sudah masak elok.
7. Bila kek sudah sejuk, ramaskan sahaja.
Cara Menyediakan Cheese Frosting
1. Putar cream cheese bersama gula icing yang telah diayakkan. Gunakan hand sifter untuk menjimatkan masa.
2. Gaulkan cheese frosting bersama kek yang siap diramas.
3. Bentukkan kek yang telah diramas menjadi bulat. Padatkan.
4. Simpan peti sejuk untuk 6 jam.
5. Cucuk lollipop stick yang dicelup sikit coklat cair ke tengah tengah cake bentuk bulat tu (Coklat tu akan tolong kekalkan shape cake pop)
6. Salut kek dengan coklat cair. Hias ikut citarasa
7. Cucuk atas sekeping styrofoam dan biar kering.
Cake Pop yang sempoi-sempoi dah siap! Enjoy!!
Kalau ada siapa-siapa yang berminat dan perlukan peralatan buat kek, biskut dan sebagainya, Kak Wan syorkan mengunjungi facebook Dapur Jasmin. Kalau ada apa-apa permintaan atau special order, Jasmin juga boleh tolong carikan.
Dapur Jasmin
(Pembekal Peralatan Bakeri)
Untuk maklumat selanjutnya.
Sila LIKE http://facebook.com/dapurjasmin
Post by Dapur Jasmin.
Ketam Sumbat Berkeju
Ketam Sumbat Berkeju
Bahan-bahan
2 ekor ketam bunga
100gm udang - cincang
100gm isi ikan merah - cincang
2 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 tangkai cili merah - cincang
1 tangkai daun bawang - hiris
garam dan lada putih secukupnya
2 sudu besar mayonis
100gm keju mozarella
Cara-cara :
1. Cuci dan keluarkan kulit ketam, kemudian rebus. Tos dan keluarkan isi ketam. Ketepikan kulitnya.
2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing. Masukkan isi udang, ikan, ketam dan cili. Masak sebentar.
3. Kemudian masukkan secubit garam dan lada sulah. Angkat dan gaulkan dengan mayonis.
4. Masukkan inti ke dalam kulit ketam dan tabur dengan parutan keju mozarella di atasnya.
5. Bakar di dalam oven selama 10 minit hingga keju mencair. Hidang bersama sos cili.

Subscribe to:
Posts (Atom)