Tuesday, 21 January 2014

Kek Buah Kukus Chef Zubaidah

Kek Buah Kukus Chef Zubaidah
Resepi : Che Zubaidah
Sumber :  Mas / KNor 

Bahan-bahan
225gm mentega - K1 (250gm)
340gm gula pasir - K1 (250gm)
50ml air panas
500gm mixed fruits
3 biji telur A
1 sudu teh esen vanila

Bahan Ayak
350gm tepung gandum - K1 (360gm)
2 sudu teh soda bikarbonat - K1 (1 sudu teh)
1 sudu teh cream of tartar
1 sudu kecil serbuk buah pala

Loyang 7x7in - (K1 guna loyang 9in - di alas dan di gris dasar dan kelilingya)

Cara-cara :
1.  Masak gula pasir hingga perang, tutup api dan masukkan air panas perlahan-lahan, tuang di bahagian tepi periuk supaya tidak terpercik.  Masukkan mentega dan biarkan mentega cair.
2.  Masukkan mixed fruits dan biarkan mendidih seketika.  Ketepi dan sejukkan sebentar.
3.  Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit ke dalam mixed fruit dan gaul hingga rata menggunakan sudip kayu.
4.  Dalam bekas lain, pukul telur hingga berbuih dengan hand mixed.  Kemudian tuang ke dalam adunan tadi sedikit demi sedikit dan gaul hingga rata.  Jika adunan likat, tambahkan 1-2 sudu besar air panas lagi dan gaul hingga rata.
5.  Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 4 jam (K1-2 jam saja) di dalam pengukus yang di panaskan terlebih dahulu

Nota dari KNor@Secubit Garam dan Mas
Kukus selamat 4 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Kek ni kalau kukus 2 jam pun dah masak, tapi untuk mendapatkan kelembapan yang lebih, kukuslah selama 4 jam. Kukus dengan api yang sederhana pada 2 jam yang pertama dan pada 2 jam yang terakhir kukus dengan api yang kecil jer. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.

Alas tutup pengukus ngan tuala @ kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang @ bekas dengan aluminium foil yang dilenser dengan mentega semasa mengukus kek supaya kek tidak melekat di aluminium foil. Lebih baik guna bekas yang besar dan tinggi sedikit (k.nor guna loyang bulat 9")
Bila kek ni dah masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek ni dalam pengukus dulu hingga sejuk. Jika terus angkat buah akan turun. Pastu bolehlah keluarkan dari pengukus. Potong kek bila ia benar benar sejuk, lebih bagus, biar kan ia semalaman.(tak perlu letak dlm peti ais)

Nota:Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari. Untuk menambah kelembapannya, balut dengan plastik dan simpan 2-3 hari, baru dipotong dengan pisau yang tajam.Boleh kukus dalam bekas lebih besar jika sukakan kek yang tidak tebal.

No comments:

Post a Comment