Monday, 28 October 2013

Kari Ikan ala Goa CMG

Kari Ikan Ala Goa GMG
Sumber :  CMG@Tiffinbiru

Bahan-bahan
600gm ikan tenggiri
3 biji tomato*
3 biji cili hijau*
3 camca besar serbuk ketumbar*
3 camca besar serbuk jintan putih*
2 camca teh serbuk kunyit*(*dikisar halus)
2 biji bawang besar, dicincang
3 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia, dicincang
1/2 camca besar biji sawi
4 camca besar cili kisar (boleh kurang kan)
500 ml santan (200ml santan kotak + 300 ml air)
1/2 cawan jus asam jawa
2 biji tomato, belah 3 setiap satu
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dalam periuk, Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga harum.
2. Masukkan bahan kisar halus, cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
3. Tuang sedikit air, kemudian tambah santan, kacau rata. Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa. Kacau perlahan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.
4. Masukkan tomato, dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti, lempeng atau roti prata.
 Kari Ikan ala Goa CMG

Saturday, 19 October 2013

Ayam Panggang Tandoori


Ayam Panggang Tandoori

Bahan-bahan
1 ekor ayam seekor atau di potong

Bahan Perap
1 inci halia
1 labu bawang putih
3 sudu kecil garam
2 sudu besar cili boh
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu besar cuka / jus lemon
1 sudu besar garam masala
100gm yoghurt
Pewarna oren
Cara-cara :
Ayam di bersihkan, Tumbuk/kisar halia dan bawang putih.  Kemudian campurkan bersama cuka, garam masala, lada putih, pewarna oren dan yogurt.  Lumur hingga rata pada ayam dan perap semalaman dalam peti sejuk sebelum di panggang.

Chutney Daun Ketumbar
100gm daun ketumbar, cincang kasar
3 biji cili hijau - cincang
5 ulas bawang putih - cincang
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil jus lemon
1 sudu kecil gula merah

Cara :  Masukkan semua ke dalam pengisar dan 2-3 sudu besar air dari peti sejuk.  Kisar sebentar tetapi tidak terlalu halus.  Simpan di dalam bekas tertutup di dalam peti sejuk.  Tahan 2-3 hari, hidang bersama ayam tandoori.
 Ayam Panggang Tandoori

Thursday, 17 October 2013

Puding Kiwi

Puding Kiwi

Lapisan Susu
2 sudu kecil rata serbuk agar-agar
450ml susu cair
80gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
2 titis pewarna lemon yellow

Lapisan Kiwi
2 1/2 sudu kecil rata serbuk agar-agar
4 biji buah kiwi yang lembut (kupas, kisar dgn 250ml air, tapis)
250ml air
120gm gula pasir
1/8 sudu teh garam
2 titis  pewarna hijau apple

Hiasan :  2 biji buah kiwi belah 2 dan hiris

4 buah bekas puding

Cara-cara :
1.  Satukan bahan lapisan susu dan masak hingga mendidih.  Bahagikan kepada 2 bahagian.
2.  Tuang satu bahagian setinggi 1cm di dalam 4 bekas puding.  Biarkan hampir beku.  Ketepikan satu bahagian lagi untuk lapisan atas.
3.  Atur buah kiwi yang di potong di atas lapisan agar-agar mengelilingi bekas puding.  Ketepi dan cakar sedikit permukaannya jika sudah beku.
4.  Untuk lapisan kiwi, satukan air, gula, garam, serbuk agar-agar dan jus kiwi.  Masak hingga mendidih.  Menggunakan belakang sudu, tuang perlahan-lahan ke dalam acuan melepasi hirisan buah kiwi.  Masukkan sebentar di dalam peti sejuk supaya cepat membeku.
5.  Keluarkan dari peti sejuk, cakar sedikit permukaannya.  Panaskan dahulu baki agar-agar susu dan tuang ke atas lapisan kiwi.
6.  Simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.
Puding Kiwi, gabungan rasa masam dan manis puding yang menyegarkan.




Wednesday, 16 October 2013

Kerabu Ikan Kerapu

Kerabu Ikan Kerapu

Bahan-bahan
1 ekor ikan kerapu sederhana
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
sedikit garam atau secukup rasa
1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar sos plum
2 ulas bawang besar merah
1 kuntum bunga kantan
4-5 biji cili padi
4 biji limau kasturi - ambil jusnya
Daun pudina

Cara-cara :
1.  Bersihkan ikan, asingkan tulang dan isinya.  Potong dadu besar isi ikan dan gaul dengan tepung jagung, serbuk lada putih dan sedikit garam.  Ketepikan.
2.  Goreng terendam tulang ikan untuk hiasan.  Toskan dan letakkan di dalam pinggang.
3.  Goreng isi ikan hingga keperangan.  Letakkan di dalam pinggan berisi tulang tadi.
4.  Untuk kerabunya, hiris halus bawang merah, cili padi dan bunga kantan.  Gaulkan bersama sos ikan, sos plum dan jus limau kasturi hingga rata.   Perasakan dengan sedikit garam dan gula secukupnya.
5.  Kemudian taburkan kerabu ke atas isi ikan tadi.  Letakkan daun pudina dan sedia di hidang.
Kerabu Ikan Kerapu

Saturday, 12 October 2013

Ayam Panggang Madu

Ayam Panggang Madu
Sumber :  Amie's Little Kitchen
TQVM Amie :D

Bahan-bahan
1 ekor ayam sederhana - bersih dan toskan

Bahan A
5cm halia - kisar
5 biji bawah putih - kisar
1 sudu makan sos ayam pekat Maggi
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos hoisin - K1 tambah
2 sudu makan minyak bijan

Bahan B
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos ayam pekat Maggi
3 sudu makan madu

Cara-cara :
1.  Lumur ayam dengan bahan A dan perap selama 4 jam atau sebaiknya semalaman dalam peti sejuk.
2.  Panggan di dalam oven pada suhu 190C selama 40-50 minit (bergantung pada oven)
3.  Keluarkan ayam panggang dan sapu dengan bahan B.
4.  Masukkan kembali ke dalam oven dan panggang dengan api kecil selama 15 minit.
5.   Tutup api oven dan keluarkan.  Sedia untuk di hidang

Friday, 4 October 2013

Kek Lapis Kukus Kelasi Mabuk

Kek Lapis Kukus Kelasi Mabuk
Sumber :  HaSue / Alongroz@Homekreation
Resipi :  Puan Lynda Hj Taiban

Bahan Adunan Hijau
450gm mentega tulin
200gm horlicks
14 biji kuning telur A
6 putih telur
150gm gula kaster
150gm tepung gandum / tepung Hongkong
2 sudu teh esen vanila
1 botol 35gm pandan emulco + pewarna hijau secukupnya

Loyang 9 x 9in di alas dan di gris dasarnya.

Cara-cara :
1.  Pukul telur dan gula hingga kembang.   Masukkan mentega dan pukul hingga kembang dan putih.
2.  Masukkan esen vanila, tepung, serbuk horlicks, pandan emulco dan pewarna.
3.  Gaul hingga sebati.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
4.  Kukus 1 bahagian di dalam pengukus yang telah di panaskan dahulu selama 30 minit.
5.  Selepas tempoh 20 minit mengukus, bancuhkan adunan putih telur.  (ini untuk mengelakkan adunan putih telur terlalu lama dan berair jika di sediakan lebih awal)
6.  Bila lapisan pertama masak, ratakan adunan putih telur di atasnya.  Kukus selama 30 minit.
7.  Akhir sekali, tuang lapisan hijau dan kukus selama 40 minit hingga masak.
8.  Pastikan lap tutup pengukus setiap kali mengangkatnya supaya air tidak menitik ke atas kek.

Adunan Putih Telur
8 biji putih telur
140gm gula kaster
4 sudu teh tepung gandum
6 biji limau kasturi - ambil jusnya

Cara-cara :
Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan bertanduk.  Perlahankan mixer, masukkan tepung dan jus limau, putar hingga sebati.
 Kek Lapis Kukus Kelasi Mabuk

Thursday, 3 October 2013

Jelly Kelapa Biru

Jelly Kelapa Biru
Sumber :  Knor@secubit garam 
TQVM Nor.. lembut dn nyaman :D

Bahan-bahan (1/2 adunan)
5gm serbuk agar-agar (2 sudu teh rata)
1300ml air kelapa
isi kelapa muda - di kerok memanjang
90gm gula pasir
2 helai daun pandan
setitis pewarna biru - optional

Cara-cara :
1.  Satukan air kelapa, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
2.  Masak hingga mendidih.  Keluarkan daun pandan dan masukkan isi kelapa muda.
3.  Padamkan api, biarkan suam sedikit dan masukkan ke dalam bekas yang di sukai.
4.  Simpan dalam peti ais dan bila sejuk bolehlah di makan.
 Jelly Kelapa Biru

Bawal Masam Manis

Bawal Masam Manis

Bahan-bahan
1 ekor ikan bawal atau kerapu
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil cili boh
sedikit garam
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 in halia
sedikit air asam jawa
1 biji tomato di lecek

Bahan Hiris
sepotong nenas
1/2 batang timun di potong dadu
1/2 labu bawang besar
1 tangkai cili merah 

Cara-cara :
1.  Bersihkan dan gaul ikan bersama garam, kunyit dan ciliboh.  Goreng hingga masak.  Angkat dan masukkkan ke dalam pinggan.
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia.  Kemudian tumis dengan sedikit minyak hingga garing.
3.  Masukkan sos tomato, sos cili, sedikit air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.  Kemudian masukkan tomato lecek, hirisan nenas, timun, cili hiris dan bawang besar dan masak hingga kuah pekat.
4.  Angkat dan tuangkan ke atas ikan.
 Bawal Masam Manis


Wednesday, 2 October 2013

Bingka Kelapa Muda Kalakatar

Bingka Kelapa Muda Kalakatar

Bahan-bahan (Ingredient)


Cara-cara :

  1. Pukul gula dan telur hingga kembang.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati.
  2. Kemudian masukkan air kelapa sedikit demi sedikit bersama isinya dan gaul hingga rata.
  3. Masukkan ke dalam periuk non stick dan kacau atas api sederhana hingga pekat.
  4. Angkat dan masukkan ke dalam loyang pembakar yang di gris mentega.
  5. Bakar di dalam ketuhar menggunakan api atas dan bawah pada suhu 180C selama 30-35 minit atau hingga masak dan bahagian atas kuih sedikit keperangan.
  6. Biarkan betul-betul sejuk sebelum di potong.

Bingka Kelapa Muda Kalakatar

Ayam Panggang Ketumbar

Ayam Panggang Ketumbar
Sumber :  RASA Mei 2013

Bahan-bahan
1 ekor ayam saiz sederhana
1/2 cawan air limau nipis / lemon
2 batang serai - ambil bahagian putih saja
2 hiris halia
1 tangkai daun ketumbar - cincang
1 sudu makan belacan - bakar sebentar
2 sudu makan gula perang
1 sudu makan serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
Garam secukup rasa

Cara-cara :
1.  Cuci ayam hingga bersih dan lumur dengan sedikit garam dan jus limau nipis.
2.  Kisar atau tumbuk serai, halia, daun ketumbar, belacan, gula perang, serbuk cili, serbuk kunyit dan serbuk ketumbar hingga halus.
3.  Panaskan kuali dan tumis bahan kisar hingga garing dalam minyak sederhana panas.
4.  Perasakan dengan garam secukupnya dan lumur tumisan tadi ke atas ayam hingga rata.
5.  Perap sekurang-kurangnya sejam dan bakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 40-45 minit atau hingga ayam keperangan.
Ayam Panggang Ketumbar