Puding Kiwi
Lapisan Susu
2 sudu kecil rata serbuk agar-agar
450ml susu cair
80gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
2 titis pewarna lemon yellow
Lapisan Kiwi
2 1/2 sudu kecil rata serbuk agar-agar
4 biji buah kiwi yang lembut (kupas, kisar dgn 250ml air, tapis)
250ml air
120gm gula pasir
1/8 sudu teh garam
2 titis pewarna hijau apple
Hiasan : 2 biji buah kiwi belah 2 dan hiris
4 buah bekas puding
Cara-cara :
1. Satukan bahan lapisan susu dan masak hingga mendidih. Bahagikan kepada 2 bahagian.
2. Tuang satu bahagian setinggi 1cm di dalam 4 bekas puding. Biarkan hampir beku. Ketepikan satu bahagian lagi untuk lapisan atas.
3. Atur buah kiwi yang di potong di atas lapisan agar-agar mengelilingi bekas puding. Ketepi dan cakar sedikit permukaannya jika sudah beku.
4. Untuk lapisan kiwi, satukan air, gula, garam, serbuk agar-agar dan jus kiwi. Masak hingga mendidih. Menggunakan belakang sudu, tuang perlahan-lahan ke dalam acuan melepasi hirisan buah kiwi. Masukkan sebentar di dalam peti sejuk supaya cepat membeku.
5. Keluarkan dari peti sejuk, cakar sedikit permukaannya. Panaskan dahulu baki agar-agar susu dan tuang ke atas lapisan kiwi.
6. Simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.
Puding Kiwi, gabungan rasa masam dan manis puding yang menyegarkan.
No comments:
Post a Comment