Bahan-bahan
1 ekor ikan kerapu sederhana
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
sedikit garam atau secukup rasa
1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar sos plum
2 ulas bawang besar merah
1 kuntum bunga kantan
4-5 biji cili padi
4 biji limau kasturi - ambil jusnya
Daun pudina
Cara-cara :
1. Bersihkan ikan, asingkan tulang dan isinya. Potong dadu besar isi ikan dan gaul dengan tepung jagung, serbuk lada putih dan sedikit garam. Ketepikan.
2. Goreng terendam tulang ikan untuk hiasan. Toskan dan letakkan di dalam pinggang.
3. Goreng isi ikan hingga keperangan. Letakkan di dalam pinggan berisi tulang tadi.
4. Untuk kerabunya, hiris halus bawang merah, cili padi dan bunga kantan. Gaulkan bersama sos ikan, sos plum dan jus limau kasturi hingga rata. Perasakan dengan sedikit garam dan gula secukupnya.
5. Kemudian taburkan kerabu ke atas isi ikan tadi. Letakkan daun pudina dan sedia di hidang.
Kerabu Ikan Kerapu
No comments:
Post a Comment