Sumber : Knor@secubit garam
TQVM Nor.. lembut dn nyaman :D
Bahan-bahan (1/2 adunan)
5gm serbuk agar-agar (2 sudu teh rata)
1300ml air kelapa
isi kelapa muda - di kerok memanjang
90gm gula pasir
2 helai daun pandan
setitis pewarna biru - optional
Cara-cara :
1. Satukan air kelapa, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
2. Masak hingga mendidih. Keluarkan daun pandan dan masukkan isi kelapa muda.
3. Padamkan api, biarkan suam sedikit dan masukkan ke dalam bekas yang di sukai.
4. Simpan dalam peti ais dan bila sejuk bolehlah di makan.
Jelly Kelapa Biru
No comments:
Post a Comment