Friday, 28 February 2014

Bunga Kobis dan Broccoli Goreng Ala Mamak


Bunga Kobis dan Broccoli Goreng Ala Mamak

Bahan-bahan
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 biji bunga kobis putih
1/2 biji broccoli
1/2 batang carrot
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1/2 sudu teh biji sawi
1/2 sudu teh jintan halus
1 sudu teh serbuk kunyit - bancuh dengan sedikit air
Garam dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara :
1.   Hiris nipis bawang merah, bawang putih, cili dan carrot. Potong kecil bunga kobis dan broccoli.
2.  Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, biji sawi dan jintan halus hingga naik bau.
3.  Masukkan sayur-sayuran dan masak hingga hampir lembut.  Kemudian masukkan bancuhan serbuk kunyit, gaul rata dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
4.  Masak sebentar hingga agak kering.

Thursday, 27 February 2014

Candy Kelapa Chef Thyaga


Candy Kelapa Chef Thyaga
Recipe from my favourite Chef .. Chef Thyaga

Bahan-bahan
500gm kelapa parut putih
500gm susu pekat manis (1 tin)
350gm gula pasir
2 sudu makan minyak sapi atau mentega
Pewarna yang di sukai

Loyang 11 x 8in di sapu minyak sapi

Cara-cara :
1.  Masukkan kelapa, gula dan susu pekat dalam kuali (heavy base), kacau hingga mendidih dan pekat.  Masukkan pewarna dan kacau hingga pekat.
2.  Masukkan minyak sapi dan vanilla, kacau hingga adunan tidak melekat di kuali dan bila di tekan dengan pisau plastik tak melekat (ini kena pandai anggar kalau tidak tak keras)
3.  Masukkan ke dalam loyang, ratakan dan tekan dengan alas plastik hingga padat.
4.  Sejukkan dahulu sebelum di potong.


Cara K1, masukkan adunan ke dalam acuan coklat segiempat dan tekan padat, jadi tak payah potong dan saiznya pun sama..

 Candy Kelapa Chef Thyaga

Sunday, 23 February 2014

Bingka Kacang Dhal / Kuih Bakar Kacang Dhal


Bingka Kacang Dhal / Kuih Bakar Kacang Dhal

Bahan-bahan
300gm kacang dal
1 cawan air
2 cawan santan pekat
5 biji telur itik
250gm gula melaka / gula thai
50gm gula pasir
20gm tepung gandum
50gm tepung beras
3 sudu besar minyak gorengan bawang
Pewarna kuning jika suka

Hiasan :  3 ulas bawang merah di jadikan bawang goreng
Loyang 9 x 9 di gris dengan minyak gorengan bawang

Cara-cara :
1.   Hiris bawang merah dan goreng hingga garing.  Toskan.  Ketepikan 3 sudu besar minyak gorengan bawang untuk di masukkan ke dalam adunan.
2.  Cuci dan rendam kacang dal selama 1/2 Jam.  Kemudian rebus atau kukus hingga lembut.
3.  Masukkan ke dalam pengisar bersama 1 cawan air dan kisar hingga menjadi pes kacang.
4.  Masukkan ke dalam mangkuk besar.  Ketepikan dulu.
5.  Masukkan santan, gula melaka, gula, tepung dan minyak bawang ke dalam pengisar dan kisar hingga gula larut.  Kemudian masukkan telur dan kisar sebentar. Tapis.
6.  Masukkan ke dalam pes kacang tadi dan gaul hingga rata.  Masak sebentar di atas dapur gas hingga naik wap dan adunan sedikit berketul.  Tutup api dan whisk hingga rata.
7.  Tuang ke dalam loyang dan bakar api atas dan bawah selama 25-30 minit atau hingga masak.
8.  Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum di potong.  Tabur atasnya dengan bawang goreng.
 Bingka Kacang Dhal / Kuih Bakar Kacang Dhal

Thursday, 20 February 2014

Bingka Cempedak / Kuih Bakar Cempedak


Bingka Cempedak / Kuih Bakar Cempedak

Bahan-bahan
200gm isi cempedak
350ml air
450ml santan KARA
220gm gula pasir
200gm tepung gandum
30gm tepung beras
3 biji telur B
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh pewarna kuning
2 sudu besar mentega cair

Hiasan  : isi cempedak secukupnya

Loyang 8in atau acuan kemboja 4 biji di gris dengan mentega cair

Cara-cara :
1.  Panaskan oven pada suhu 200C.
2.  Kisar isi cempedak, gula dan air hingga hancur.  Masukkan ke dalam bekas dan gaul bersama bahan-bahan yang lain hingga rata dan tidak berketul.
3.  Panaskan acuan yang di gris dengan mentega di atas dapur gas hingga panas.  Tutup api dan tuang  3/4 penuh adunan.  Buka api perlahan dan biarkan sehingga bahagian tepi adunan masak.
4.  Ambil isi cempedak dan letakkan di tepi dan tengah acuan.  Biarkan seketika.
5.  Angkat dan masukkan acuan ke dalam oven dan bakar di rak tengah selama 35 - 40 minit sehingga masak dan atasnya keperangan.
6.   Untuk mengaringkan permukaan atas kuih, tukar fungsi oven kepada grill dan bakar selama 5 minit lagi hingga nampak garing.
7.  Biar betul-betul sejuk baru di potong dan di hidangkan.
 Bingka Cempedak / Kuih Bakar Cempedak

Sunday, 16 February 2014

Kek Lapis Cempedak


Kek Lapis Cempedak
Sumber : Rozzan

Bahan A
500g mentega
4 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh esen cempedak - (optional)
1 sudu teh esen vanilla

Bahan B
20 kuning telur
5 putih telur
270 gm gula kaster (halus)
1 sudu besar ovallete

Bahan C
150 gm tepung Hong Kong / Top
20 gm tepung susu
200 gm puree cempedak*

Bahan Puri Cempedak
600 gm  isi cempedak (dibuang biji)
220 gm gula kaster/halus
220 ml air
Campurkan semua bahan dan kisar halus. Masak sebentar di atas api sehingga pekat. Sentiasa kacau supaya tidak hangit.  Sejukkan dahulu, ketepikan 200gm untuk adunan kek.

Loyang : 8 x 8 atau 10 x 7.  Alas dan gris dasarnya.

Cara-cara  :
1.  Pukul bahan A hingga berkrim.  Ketepikan.
2.  Dalam mangkuk lain, pukul bahan B hingga kembang dan kental, kaup balik ke dalam bahan A hingga rata.
3.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit, kemudian masukkan puri cempedak, kaup balik hingga sebati.
4.  Ambil 6 sudu besar adunan, ratakan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 175C api atas dan bawah selama 8 minit.
5.  Untuk lapisan kedua, ratakan 6 sudu besar adunan dan bakar dengan api atas saja selama 8 minit hingga permukaan keperangan.   Tekan lapisan kek dengan penekan kek lapis, cucuk permukaan dengan garpu dan sapu dengan mentega.
6.  Untuk lapisan ketiga, ambil 3 sudu besar baki puri cempedak, ratakan ke atas permukaan kek, bakar selama 8 minit hingga puri cempedak betul-betul kering.
7.  Ulangi melapis langkah 5 dan 6 dengan setiap 2 lapisan di selang seli dengan puri cempedak.  Buat hingga habis.
8.  Untuk lapisan terakhir, kecilkan suhu oven kepada 130-140C dan bakar api atas dan bawah selama 10-15 minit sehingga kek masak hingga rata.
 Kek Lapis Cempedak

Cempedak Goreng

Cempedak Goreng

Bahan-bahan
100gm tepung beras
50gm tepung jagung
50gm tepung gandum
1 sudu kecil air kapur
1/2 sudu teh garam halus
1 biji telur
250ml air sejuk dari peti ais
pewarna kuning atau serbuk kunyit
Cempedak secukupnya

Cara-cara :
1.  Satukan semua bahan, gaul dengan tangan hingga menjadi doh yang sederhana pekat.
2.  Jika terlalu pekat, tambah dengan sedikit air.
3.  Panaskan minyak, gaul cempedak dalam adunan dan goreng dalam minyak terendam hingga kekuningan.  Toskan.

Monday, 3 February 2014

Club Sandwich


Club Sandwich

Bahan-bahan
4 keping roti sandwich - bole di gril jika suka
1 helai daun salad
100gm isi ayam - hiris tipis
1 biji tomato
1/2 biji timun
2 keping keju cheddar
2 keping kepingan daging
2 keping kepingan ayam turkey
mentega dan mayonis secukupnya untuk disapu pada roti.

Cara-cara :
1.  Gril isi ayam, kepingan daging dan ayam turkey.
2.  Potong bulat tomato dan timun.
3.  Sapu mentega dan mayonis pada setiap kepingan roti.
4.  Susun dan lapiskan kesemua bahan bersama kepingan roti.
5.  Boleh di hidang bersama kentang goreng dan salad.
Club Sandwich pelbagai rasa

Jagung Keju Susu


Jagung Keju Susu

Bahan-bahan
3 biji jagung manis di kupil atau jagung kernel
1 sudu makan mentega
1 sudu makan susu pekat manis
Parutan keju cheddar secukupnya.

Cara-cara :
1.  Kukus jagung manis selama 20 minit atau hingga masak.
2.  Masukkan ke dalam mangkuk dan gaul bersama mentega dan susu pekat manis.
3.  Akhir sekali tabur dengan parutan keju cheddar ke atasnya.
4.  Enak di makan ketika masih panas.

Jagung Keju Susu