Bingka Kacang Dhal / Kuih Bakar Kacang Dhal
Bahan-bahan
300gm kacang dal
1 cawan air
2 cawan santan pekat
5 biji telur itik
250gm gula melaka / gula thai
50gm gula pasir
20gm tepung gandum
50gm tepung beras
3 sudu besar minyak gorengan bawang
Pewarna kuning jika suka
Hiasan : 3 ulas bawang merah di jadikan bawang goreng
Loyang 9 x 9 di gris dengan minyak gorengan bawang
Cara-cara :
1. Hiris bawang merah dan goreng hingga garing. Toskan. Ketepikan 3 sudu besar minyak gorengan bawang untuk di masukkan ke dalam adunan.
2. Cuci dan rendam kacang dal selama 1/2 Jam. Kemudian rebus atau kukus hingga lembut.
3. Masukkan ke dalam pengisar bersama 1 cawan air dan kisar hingga menjadi pes kacang.
4. Masukkan ke dalam mangkuk besar. Ketepikan dulu.
5. Masukkan santan, gula melaka, gula, tepung dan minyak bawang ke dalam pengisar dan kisar hingga gula larut. Kemudian masukkan telur dan kisar sebentar. Tapis.
6. Masukkan ke dalam pes kacang tadi dan gaul hingga rata. Masak sebentar di atas dapur gas hingga naik wap dan adunan sedikit berketul. Tutup api dan whisk hingga rata.
7. Tuang ke dalam loyang dan bakar api atas dan bawah selama 25-30 minit atau hingga masak.
8. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum di potong. Tabur atasnya dengan bawang goreng.
Bingka Kacang Dhal / Kuih Bakar Kacang Dhal
No comments:
Post a Comment