Ketam Blackpaper
Bahan-bahan
3 ekor ketam - cuci dan toskan
1 biji bawang besar potong dadu
1/2 in halia - di hiris
3 ulas bawang putih - di hiris
1 sudu besar lada hitam - tumbuk
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos lada hitam
3 sudu besar kicap pekat
1 tangkai daun bawang dan daun ketumbar - di hiris
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
1. Gaul ketam dengan 2 sudu besar tepung jagung. Goreng sebentar hingga kulit ketam berubah warna kemerahan. Angkat dan toskan.
2. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga wangi. Masukkan lada hitam, gaul rata.
3. Kemudian masukkan sos tiram, kicap dan sos lada hitam. Kacau dan masukkan sedikit air.
4. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Bila mendidih masukkan ketam, gaul hingga rata.
5. Apabila masak, tutup api dan tabur dengan daun bawang dan daun ketumbar.
Ketam Blackpaper
No comments:
Post a Comment