Pisang Goreng Keju
Bahan-bahan
1 1/3 cawan tepung beras
1/3 cawan tepung gandum
1/3 cawan tepung jagung
1 biji telur B
1 cawan air
1/2 sudu teh garam
2 sudu kecil air kapur cair
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
3 biji pisang tanduk atau pisang nangka - belah
Keju cheddar di sagat atau kepingan keju chesdale di potong kecil
Cara-cara :
1. Satukan semua bahan. Gaul hingga rata.
2. Biarkan bancuhan selama 10-15 minit.
3. Masukkan pisang yang telah di potong dan salut dengan bancuhan tepung.
4. Panaskan minyak dan goreng terendam hingga masak. Toskan di atas tissue dapur.
5. Sagat parutan keju ke atasnya semasa pisang masih panas.
Pisang Goreng Keju
No comments:
Post a Comment