Tauhu Kukus Goreng
Bahan-bahan
230gm / 2 packet tofu telur
180gm tauhu / 2 keping
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur ayam
100gm isi ikan salmon / udang / ayam (terpulang citarasa)
1 batang daun bawang / daun kuchai - hiris
2 tangkai kacang buncis - potong halus jika suka
1 ulas bawang merah - cincang
1/2 sudu kecil garam / serbuk pati ayam
sedikit serbuk lada putih
1 tangkai cili merah - cincang
15 biji telur puyuh - rebus buang kulit (optional)
15 Acuan kecil - di gris
Cara-cara :
1. Lenyek tofu dan tauhu hingga halus. Masukkan tepung gandum, isi ikan, kacang buncis, daun bawang, , cili merah, bawang merah, garam dan serbuk perasa. Masukkan telur dan gaul hingga rata.
2. Gris acuan kecil / acuan lompang dengan minyak masak. Masukkan adunan tauhu, letakkan telur puyuh di atasnya. Kukus selama 15-20 minit hingga masak.
3. Keluarkan dari acuan dan sejukkan dahulu.
4. Goreng di dalam minyak terendam hingga keperangan. Tos dan hidang bersama salad dan sos cili.
Tauhu Kukus Goreng
No comments:
Post a Comment