Kek Lapis Kukus Coklat Keju
Resipi : Yeni Ismayani
Bahan-bahan
5 biji kuning telur
3 biji putih telur
125gm gula pasir
60gm tepung gandum
15gm tepung Jagung
70gm mentega cair
9 keping keju cheddar
50gm coklat masakan gelap - di cairkan (double boil)
50gm parutan keju cheddar
Loyang 25 x 10 x 7cm gris dan alas dasar loyang
Cara-cara :
1. Pukul telur dan gula pasir hingga kembang dan gebu. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung, berselang seli dengan mentega cair, gaul hingga rata,
2. Bahagi adunan kepada 2 bahagian, satu di campur dengan coklat cair dan satu bahagian di dicampur dengan parutan keju.
3. Bahagikan adunan coklat kepada 2 bahagian dan adunan keju kepada 2 bahagian.
4. Tuang 1 bahagian adunan keju, kukus selama 10 minit. Angkat dan susun kepingan keju ke atasnya.
5. Tuang 1 bahagian adunan coklat, kukus selama 10 minit, Angkat dan susun keping keju ke atasnya.
6. Ulangi langkah 4 dan 5 hingga habis. Untuk lapisan terakhir, kukus selama 25 minit hingga masak.
7. Sejukkan dahulu sebelum dipotong dan di hidangkan
Kek Lapis Kukus Coklat Keju
No comments:
Post a Comment