Puding Rose Selasih
Bahan-bahan
10gm serbuk agar-agar
120gm gula pasir
400ml air
250ml susu sejat / susu segar
1/2 packet santan serbuk (25gm)
2 helai daun pandan di simpul
1 sudu besar biji selasih - rendam hingga kembang, toskan
2 sudu kecil perisa sirap rose
beberapa titik pewarna hijau
Loyang 7 in di basahkan dahulu
Cara-cara :
1. Satukan serbuk agar-agar, gula, serbuk santan, daun pandan dan air. Masak hingga mendidih. Ketepikan daun pandan. Masukkan susu sejat dan biarkan mendidih sebentar. Kacau sentiasa dan bahagikan kepada dua bahagian.
2. Satu bahagian di masukkan perisa sirap rose dan biji selasih, tuang ke dalam loyang dan biarkan hampir beku.
3. Satu bahagian lagi di masukkan pewarna hijau dan tuang ke atas lapisan bawah tadi. Biarkan beku dan simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.
No comments:
Post a Comment