Sunday, 30 March 2014

Biskut Pretzel Kayu Manis - step by step


Biskut Pretzel Kayu Manis

Bahan-bahan
180gm mentega
50gm gula aising - ayak
2 sudu besar madu
230gm tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
1/4 sudu teh garam

Saduran - gula pasir dan serbuk kayu manis

Sapuan - 1 kuning telur + 1/2 sudu kecil madu

Cara-cara :
1.  Satukan mentega dan gula aising, kacau dengan senduk kayu hingga lembut dan berkrim.
2.  Masukkan tepung, garam dan madu.  Kacau rata hingga menjadi doh yang lembut.
3.  Rehatkan selama 15-20 minit.  Kemudian uli hingga menjadi doh yang tidak melekat di jari.
4.  Jika perlu tambahkan sedikit saja tepung jika adunan masih melekat di jari.
5.  Ambil doh sebesar ibu jari (15gm) dan roll dengan menggunakan 10 jari menjadi doh sepanjang 7in dan ketebalan sebatang pencil.

6.  Kemudian cantumkan kedua hujung bertemu di tengah membentuk pintalan pretzel.

7.  Sapu dengan kuning telur dan tabur gula pasir dan serbuk kayu manis di atasnya
8.  Susun di atas loyang yang di alas baking baking paper atau di gris mentega.
9.  Panaskan ketuhar dan bakar selama 20-25 minit pada suhu 160C hingga masak atau hingga pretzel keperangan.
Biskut Pretzel Kayu Manis

Saturday, 29 March 2014

Biskut Tart Nenas Bunga - step by step


Biskut Tart Nenas Bunga

Bahan A
125gm mentega
80gm gula kaster
1 biji kuning telur
1/2 sudu kecil esen vanilla

Bahan B(di ayak)
200gm tepung gandum
20gm tepung jagung

Jem nenas secukupnya - gentel bulat

Cara-cara :
1. Pukul bahan A hingga berkrim, Masukkan bahan B dan uli menjadi doh yang lembut.
2. Canai dan terap dengan acuan bunga pecah lima/enam dan masukkan ke dalam papercup.
3.  Tekan sedikit di tengahnya membentuk lubang kecil.  (Penekan hijau - fondant tools) Masukkan inti nenas di tengahnya dan hias mengikut mengikut suka.
4. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu pada 140c selama 25-30 minit.
Biskut Tart Nenas Bunga


Tuesday, 25 March 2014

Tart Keju Nenas


Tart Keju Nenas

Bahan-bahan
150gm mentega
50gm margerin
50gm gula kaster
2 biji kuning telur
320gm tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar susu tepung
50gm keju cheddar - parut halus

Sapuan - 2 biji kuning telur + sedikit air
Keju parut secukupnya letak dalam mangkuk

Inti Nenas atau boleh beli jem nenas ready made
1 biji nenas di parut halus
125gm gula pasir
5 biji bunga cengkeh

Cara-cara :
1.  Inti Nenas:  Masak nenas parut bersama gula, cengkih dengan api kecil.  Kacau hingga menggering tapi jangan sampai hangus.  Sejukkan dahulu, kemudian gentel bulat kecil sebelum di masukkan ke dalam doh.
2.  Pukul mentega, majerin, gula dan kuning telur hingga berkrim.  Masukkan tepung yang di ayak bersama parutan keju cheddar, uli hingga menjadi doh.  Rehatkan selama 15 minit di dalam peti sejuk.
3.  Ambil sedikit doh sebesar ibu jari (10gm) dan leperkan.  Masukkan inti nenas di tengahnya.  Bulatkan kembali.  Buat hingga habis.
4.  Celup bahagian atas doh dengan kuning telur, kemudian golek permukaan atas saja dengan keju parut.
 
5.  Susun di dalam loyang yang di sapu marjerin dan bakar di rak tengah pada suhu 160C selama 20-25min  atau hingga permukaan keju keperangan.
Tart Keju Nenas

Monday, 24 March 2014

Tart Nenas Gebu


Tart Nenas Gebu
Sumber : Kak Anim@Anymz My Kitchen
Resipi asal :  Tart Nenas Gulung

Bahan-bahan
115gm mentega
115gm minyak sapi
1 biji telur B
450gm tepung gandum
sedikit garam
sedikit air sejuk - optional

Jem nenas secukupnya (K1 guna readymade)

Cara-cara :  Untuk Tart Gulung
1.  Pecahkan telur di dalam bekas adunan.  Masukkan mentega dan minyak sapi.  Gaul hingga sebati dengan senduk kayu.
2.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan boleh di tekan dengan acuan tart.  Simpan 15-20 minit dalam peti sejuk.
3.  Masukkan adunan ke dalam acuan tart dan tekan, potong mengikut saiz yang di kehendaki.
4.  Masukkan inti nenas dan gulung.  Sapu atasnya dengan sedikit kuning telur dan bakar pada suhu 170-180c selama 20-25minit bergantung pada oven.

Cara-cara :  Untuk Tart yang di terap
1.  Tambahkan sedikit tepung hingga menjadi doh yang boleh di terap.  Guna acuan penerap yang di sukai, terap dan letakkan inti di tengahnya.  Bakar pada suhu 170-180c selama 20-25minit bergantung pada oven.

Jem Nenas
10 biji nenas-di sagat dan toskan airnya
3 kampit gula
sedikit pewarna kuning

Cara : Kacau nenas dan gula, bila hampir kering masukkan pewarna kuning. Kacau hingga kering dgn api yang perlahan
Tart Nenas Gebu

Sunday, 23 March 2014

Telur Puyuh Masak Pelembang


Telur Puyuh Masak Pelembang
Sumber :  Telur Masak Pelembang @ Yatiememories

Bahan-Bahan:
40 biji telur puyuh
2 batang serai - dititik
1 cawan santan pekat
1 sudu besar kerisek
1 cawan kicap lemak manis
minyak utk menumis

Bahan kisar
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
1 cawan cili kisar

Bahan Tumis
3 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara-cara :
1. Rebus telur dengan air dan sedikit garam.  Bila dah masak, buang air panasnya, masukkan air paip dan sejukkan. Kopek telur dan kelar2kan sikit putihnya.
2.  Sementara itu, panaskan minyak secukupnya dan tumiskan bahan tumis sehingga naik bau.
3.  Masukkan bahan kisar bersama serai yg dititik sehingga pecah minyak. Masukkan telur rebus dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana.
4.  Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga telur mesra.
5.  Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat. Masukkan kerisek dan gaul rata.
6.  Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, tutupkan api, angkat danhidangkan.
Telur Puyuh Masak Pelembang

Saturday, 22 March 2014

Biskut Suji Salju


Biskut Suji Salju
Resipi :  MakLang
Sumber :  Yatiememories

Bahan A
150gm minyak sapi
100gm mentega
100gm gula kastor
1 sudu teh esen vanila
1 biji kuning telur

Bahan B
100gm cornflakes, kisar halus
100gm tepung jagung
50gm tepung suji (semolina)
280gm gandum

Susu tepung secukupnya untuk saduran

Cara-cara :
1.  Putar bahan A hingga sebati.  Masukkan bahan B dan gaul hingga rata. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang boleh di canai.
2.  Canai doh tadi 1/2cm tebal dan terap dengan acuan kegemaran.
3.  Bakar di di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 170c selama 15-20minit.
4.  Biarkan suam dan salut biskut tadi dengan susu tepung.  Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.
Biskut Suji Salju

Friday, 21 March 2014

Biskut Arab


Biskut Arab
Sumber :  Zalina Yahaya

Bahan A
380gm minyak sapi QBB
125 gm majerin Planta
70 gm gula icing

Bahan B
1150 gm tepung gandum
di sangai 10min di dalam oven pada suhu 160C
atau jemur di panas matahari, sejukkan dahulu

Gula castor / gula pasir halus untuk saduran
Hiasan jika suka

Cara-cara :
1.  Ayak tepung dan ketepikan.
2.  Satukan semua bahan A. Kacau dengan senduk kayu hingga sebati saja.
3.  Masukkan tepung, sedikit demi sedikit hingga menjadi adunan tidak melekat di jari.
4.  Ambil adunan sebesar ibu jari (10gm) dan gentel bulat.  Hias dengan kacang atau cerry jika suka.
5.  Bakar pada suhu 160C selama 30 minit.
6.  Sejukkan dahulu, kemudian golek atas gula castor / gula pasir halus.
Biskut Arab

Sunday, 16 March 2014

Kuih Tako Jagung


Kuih Tako Jagung
Sumber :  Kfida@myresipi / Yati Memories

Bahan Lapisan Bawah
1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung hoen kwee putih
1/2 cawan gula halus
2 1/4 cawan air
sedikit pewarna kuning
1/2 cawan jagung cream / biji dalam tin, toskan airnya

Bahan Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1/4 cawan tepung beras
2 1/2 sudu besar tepung hoen kwee
3/4 sk garam
2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara
1.  Satukan bahan2 lapisan bawah, tambah sedikit pewarna kuning dan masak hingga pekat, berkilat dan jernih.
2.  Sediakan acuan kecil atau kelongsong pandan dan tuangkan 1/2 adunan jagung dari paras acuan.  Ketepikan.
3.  Satukan bahan2 lapisan atas dan masak hingga pekat.  Matikan api.
4.  Tuangkan ke atas lapisan jagung hingga memenuhi mangkuk/kelongsong pandan.
5.  Dinginkan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.
Kuih Tako Jagung

Saturday, 15 March 2014

Pulut Inti Ros

Pulut Inti Ros

Bahan-bahan
500gm beras pulut (di rendam semalaman)
1 sudu teh garam
400ml santan cair
2 helai daun pandan
Pewarna merah
1 sudu besar sirap rose

Acuan silicon bentuk bunga

Cara-cara :
1.  Rendam pulut bersama pewarna merah semalaman dan toskan.
2.  Kukus beras pulut dan daun pandan lebih kurang 25 minit atau setengah masak.
3. Angkat dan tuangkan ke dalam bekas. Gaulkan dengan santan, sirap rose dan garam.
4. Kukus semula selama 20 mint sehingga masak.
5.  Ambil sedikit pulut dan tekan ke dalam acuan silicon bentuk rose.  Apabila sejuk, keluarkan dari acuan dan letakan sedikit inti kelapa manis ke atasnya.


Inti Kelapa Manis
1/2 biji kelapa parut putih
1/2 cawan gula melaka
1 sudu besar gula kasar
2 - 3 sudu air

Satukan semua bahan dan masak di atas non-stick pan sehingga agak kering dan masukkan satu sudu tepung gandum/jagung utk melekatkan inti.

Wednesday, 12 March 2014

Pulut Manis Citrawarna


Pulut Manis Citrawarna

Bahan-bahan
1kg beras pulut
1kg santan pekat
800gm gula pasir
2 helai daun pandan
sedikit garam
pewarna merah dan hijau
1 sudu kecil esen rose
1 sudu kecil esen pandan

Cara-cara :
1.  Rendam pulut selama 2 jam.  Toskan.
2.  Kemudian kukus pulut selama 45 minit.  Angkat dan bahagikan kepada 3 bahagian.
3.  Masak santan, gula dan daun pandan hingga mendidih. Bahagikan kepada 3 bahagian.
4.  Lapisan Bawah :  Ambil satu bahagian pulut dan satu bahagian santan.  Masukkan ke dalam periuk bersama pewarna merah dan esen rose.  Kacau hingga bergumpal dan tidak melekat di tepi periuk.
5.  Ambil sedikit pulut berwarna merah dan masukkan ke dalam acuan.  Tekan padat.
6.  Lapisan Tengah :  Ambil satu bahagian pulut dan satu bahagian santan.  Masukkan ke dalam periuk dan kacau hingga bergumpal dan tidak melekat di tepi periuk.
7.  Ambil sedikit pulut tanpa warna dan lapiskan ke atas lapisan bawah.  
8.  Lapisan Atas :   Ambil satu bahagian pulut dan satu bahagian santan.  Masukkan ke dalam periuk bersama pewarna hijau  dan esen pandan.  Kacau hingga bergumpal dan tidak melekat di tepi periuk.
9.  Ambil sedikit pulut dan lapiskan pada bahagian atas menjadi tiga lapisan, merah, putih dan hijau, hias mengikut kreativiti.
Pulut Manis Citrawarna

Saturday, 8 March 2014

Cheezy Chewy Chocolate Chips Cookies


Cheezy Chewy Chocolate Chips Cookies
Olahan dari Congo Bars

Bahan-bahan
320gm tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil garam
170gm mentega tawar
60gm philadelphia cream cheese
80gm gula pasir
120gm gula perang
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telur A
300gm chocolate chips

Cara-cara :
1.  Ayak tepung, baking soda dan garam.  Ketepikan.
2.  Pukul mentega, cream cheese, gula pasir dan gula perang hingga putih dan gebu.  Scrap bahagian tepi mangkuk supaya adunan bergaul rata.  Masukkan telur satu persatu dan putar hingga sebati.
3.  Masukkan tepung, diikuti coklat chips, putar hingga bergaul rata dan menjadi adunan yang lembut.
4. Simpan adunan selama 4-5 jam di dalam peti sejuk.
5.  Ambil sedikit adunan menggunakan scoop kecil dan letakkan di atas dulang pembakar yang di alas baking paper.

6.  Jarakkan adunan biskut untuk mengembang. 
7.  Bakar di rak tengah selama 10-15 minit hingga masak pada suhu 160C.
8.  Biskut agak lembut sewaktu di keluarkan dari oven.  Ia akan mengeras dalam 20 minit.

Untuk membuat 
Cheezy Chewy Chocolate Chips Bar

1.  Masukkan adunan ke dalam loyang shortbread yang di alas baking paper, ratakan.   Masukkan cutter dan tekan hingga ke dasar loyang.

2.  Masukkan ke dalam peti sejuk selama 3-4 jam.
3.  Bakar di rak tengah pada suhu 160C selama 15-20 minit hingga atasnya keperangan.
4.  Biarkan sejuk dahulu sebelum di keluarkan cutter.

** K1 menggunakan campuran butterstoch choc chips dan choc chip.  Boleh tambahkan kekacang jika suka..
 Cheezy Chewy Chocolate Chips Cookies

Wednesday, 5 March 2014

Biskut Mini Pretzel


Biskut Mini Pretzel

Bahan-bahan
1 packet biskut mini pretzel - Snyder's Handover bole di beli di pasaraya atau kedai bekalan bakery

Coklat masakan gelap, putih atau yang berwarna secukupnya

Bahan Hiasan secukupnya - gula berwarna, manik hundred thousand, kekacang, chocolate chips, serbuk oreo, coklat berwarna atau apa saja yang di sukai..


Cara : semudah ABC
1.  Cairkan coklat masakan secara double boil atau dalam microwave
2.  Ambil biskut, celup ke dalam coklat, terpulang semua bersalut coklat atau separuh saja.

3.  Keluarkan lebihan coklat yang meleleh, kemudian celup ke dalam bahan hiasan.  Letak di atas dulang beralas kertas minyak.  Biarkan sehingga coklat mengeras sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

Jika suruh anak2 yang buat, mereka mesti suka, celup dan celup ...
Biskut Mini Pretzel

Tuesday, 4 March 2014

Chickenroni Keju Bakar / Baked Cheesy Chickenroni


Chickenroni Keju Bakar / Baked Cheesy Chickenroni

Bahan-bahan
200gm macaroni
1/2 batang lobak merah di parut kasar
100gm daging ayam di cincang
1 sudu besar minyak zaitun
2 ulas bawang putih - di cincang
1 labu bawang besar - di dadu
1/2 biji capsicum - di dadu
4 biji cendawan butang - di dadu
Setangkai daun bawang dan daun sup di cincang
150gm parutan keju cheddar

Bahan B
4 biji telur
1/2 tin susu sejat
Garam dan lada sulah secukupnya
(Satukan dan kacau dengan garpu)


Cara-cara
1.  Rebus macaroni dengan sedikit minyak hingga lembut.  Toskan.
2.  Panaskan kuali, tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu, masukkan daging ayam, gaul rata dan biarkan daging ayam masak.
3.  Kemudian masukkan cendawan butang dan parutan lobak merah.  Masak sebentar hingga layu.  Tutup api, masukkan capcisum, gaul rata dan ketepikan.
4.  Ambil mangkuk tahan panas, leserkan dengan sedikit majerin atau minyak zaitun.  Masukkan separuh makaroni dan tekan padat ke dasar mangkuk.  Tabur di atasnya dengan daging ayam yang di masak tadi di ikuti daun bawang dan daun sup cincang.  Kemudian masukkan pula lebihan makaroni ke atasnya, tekan sedikit biar padat.

5.  Tuang bahan B (Bancuhan Telur) dan tabur dengan parutan keju.
6.  Bakar pada suhu 170c selama 20-30 minit.  Boleh di hidang plain atau dengan sos cili.
Chickenroni Keju Bakar / Baked Cheesy Chickenroni

Sunday, 2 March 2014

Ketam Masak Kari


Ketam Masak Kari

Bahan-bahan
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm halia
2 cawan santan sederhana pekat
2 sudu besar serbuk kari ikan - bancuh dengan sedikit air
3 ekor ketam - cuci dan belah 2
1/3 cawan air asam jawa
garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara :
1. Tumbuk bawang merah, bawah putih dan halia.
2.  Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau.  Masukkan bancuhan rempah, daun kari dan masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa, ketam dan renehkan.  Akhir sekali masukkan santan, perasakan dengan garam secukupnya.  Biarkan mereneh hingga ketam masak.