Tart Nenas Gebu
Sumber : Kak Anim@Anymz My Kitchen
Resipi asal : Tart Nenas Gulung
Bahan-bahan
115gm mentega
115gm minyak sapi
1 biji telur B
450gm tepung gandum
sedikit garam
sedikit air sejuk - optional
Jem nenas secukupnya (K1 guna readymade)
Cara-cara : Untuk Tart Gulung
1. Pecahkan telur di dalam bekas adunan. Masukkan mentega dan minyak sapi. Gaul hingga sebati dengan senduk kayu.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan boleh di tekan dengan acuan tart. Simpan 15-20 minit dalam peti sejuk.
3. Masukkan adunan ke dalam acuan tart dan tekan, potong mengikut saiz yang di kehendaki.
4. Masukkan inti nenas dan gulung. Sapu atasnya dengan sedikit kuning telur dan bakar pada suhu 170-180c selama 20-25minit bergantung pada oven.
Cara-cara : Untuk Tart yang di terap
1. Tambahkan sedikit tepung hingga menjadi doh yang boleh di terap. Guna acuan penerap yang di sukai, terap dan letakkan inti di tengahnya. Bakar pada suhu 170-180c selama 20-25minit bergantung pada oven.
Jem Nenas
10 biji nenas-di sagat dan toskan airnya
3 kampit gula
sedikit pewarna kuning
Cara : Kacau nenas dan gula, bila hampir kering masukkan pewarna kuning. Kacau hingga kering dgn api yang perlahan
Tart Nenas Gebu
No comments:
Post a Comment