Biskut Suji Salju
Resipi : MakLang
Sumber : Yatiememories
Bahan A
150gm minyak sapi
100gm mentega
100gm gula kastor
1 sudu teh esen vanila
1 biji kuning telur
Bahan B
100gm cornflakes, kisar halus
100gm tepung jagung
50gm tepung suji (semolina)
280gm gandum
Susu tepung secukupnya untuk saduran
Cara-cara :
1. Putar bahan A hingga sebati. Masukkan bahan B dan gaul hingga rata. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang boleh di canai.
2. Canai doh tadi 1/2cm tebal dan terap dengan acuan kegemaran.
3. Bakar di di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 170c selama 15-20minit.
4. Biarkan suam dan salut biskut tadi dengan susu tepung. Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.
Biskut Suji Salju
No comments:
Post a Comment