Tart Keju Nenas
Bahan-bahan
150gm mentega
50gm margerin
50gm gula kaster
2 biji kuning telur
320gm tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar susu tepung
50gm keju cheddar - parut halus
Sapuan - 2 biji kuning telur + sedikit air
Keju parut secukupnya letak dalam mangkuk
Inti Nenas atau boleh beli jem nenas ready made
1 biji nenas di parut halus
125gm gula pasir
5 biji bunga cengkeh
Cara-cara :
1. Inti Nenas: Masak nenas parut bersama gula, cengkih dengan api kecil. Kacau hingga menggering tapi jangan sampai hangus. Sejukkan dahulu, kemudian gentel bulat kecil sebelum di masukkan ke dalam doh.
2. Pukul mentega, majerin, gula dan kuning telur hingga berkrim. Masukkan tepung yang di ayak bersama parutan keju cheddar, uli hingga menjadi doh. Rehatkan selama 15 minit di dalam peti sejuk.
3. Ambil sedikit doh sebesar ibu jari (10gm) dan leperkan. Masukkan inti nenas di tengahnya. Bulatkan kembali. Buat hingga habis.
4. Celup bahagian atas doh dengan kuning telur, kemudian golek permukaan atas saja dengan keju parut.
5. Susun di dalam loyang yang di sapu marjerin dan bakar di rak tengah pada suhu 160C selama 20-25min atau hingga permukaan keju keperangan.
Tart Keju Nenas
No comments:
Post a Comment