Pulut Inti Ros
Bahan-bahan
500gm beras pulut (di rendam semalaman)
1 sudu teh garam
400ml santan cair
2 helai daun pandan
Pewarna merah
1 sudu besar sirap rose
Acuan silicon bentuk bunga
Cara-cara :
1. Rendam pulut bersama pewarna merah semalaman dan toskan.
2. Kukus beras pulut dan daun pandan lebih kurang 25 minit atau setengah masak.
3. Angkat dan tuangkan ke dalam bekas. Gaulkan dengan santan, sirap rose dan garam.
4. Kukus semula selama 20 mint sehingga masak.
5. Ambil sedikit pulut dan tekan ke dalam acuan silicon bentuk rose. Apabila sejuk, keluarkan dari acuan dan letakan sedikit inti kelapa manis ke atasnya.
Inti Kelapa Manis
1/2 biji kelapa parut putih
1/2 cawan gula melaka
1 sudu besar gula kasar
2 - 3 sudu air
Satukan semua bahan dan masak di atas non-stick pan sehingga agak kering dan masukkan satu sudu tepung gandum/jagung utk melekatkan inti.
No comments:
Post a Comment