Saturday, 30 November 2013

Ketam Cili Singapore

Ketam Cili Singapore

Bahan-bahan
2 ekor ketam
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2cm halia
3 sudu besar minyak masak
5 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap cair
1 sudu kecil serbuk kunyit
1  cawan air
garam secukup rasa
1 biji putih telur - pukul ringan
1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun ketumbar

Cara-cara :
1.  Keluarkan kulit ketam, cuci perut ketam hingga bersih.  Toskan.
2.  Goreng ketam bersama kulitnya separuh masak.  Angkat dan ketepikan.
3.  Mayang halus bawang merah, bawang putih dan halia.  Tumis hingga naik bau.
4.  Masukkan sos cili, sos tomato, kicap cair, cili kisar dan serbuk kunyit,  Masak sebentar, kemudian masukkan air.
5.  Masukkan ketam bersama kulitnya, tutup kuali dan biarkan sehingga ketam masak.
6.  Angkat ketam, letak kulitnya diatas dan susun di dalam pinggan.  Didihkan semula kuahnya, jika pekat tambahkan sedikit air.  Biarkan mendidih, tuang putih telur yang di pukul.  Reneh hingga masak.
7.  Tuang kuah ke atas ketam dan tabur dengan hirisan daun bawang dan daun ketumbar.

Tuesday, 26 November 2013

Kek Lapis Polkadot

Kek Lapis Polkadot

Bahan A
480gm mentega tulen
15 biji kuning telur
150gm gula kaster
5 sudu besar susu pekat manis
2 sudu kecil ovalette
230gm tepung hong kong
1 sudu kecil baking powder

Bahan B
6 biji putih telur
1/4 sudu teh cream of tartar
150gm gula kaster

Bahan C
30gm serbuk koko - ayak
1 sudu besar coklat emulco
Pewarna merah atau di sukai (untuk lapisan atas dan bawah)
150gm biskut jejari

Loyang 9x9 in di alas dan gris dasarnya.

Cara-cara :
1.  Ayak tepung dan baking powder.  Ketepikan.
2.  Satukan mentega, gula kaster, susu pekat dan ovalette. Pukul hingga berkrim.  Kemudian masukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul hingga rata dan sebati.
3.  Masukkan adunan mentega ke dalam mangkuk besar, kemudian masukkan tepung dan kaup balikkan hingga sebati.
4.  Satukan bahan B, pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan kental.
5.  Kaup balikkan ke dalam adunan tadi hingga rata.
6.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.  1 bahagian di masukkan serbuk koko dan coklat emulco, gaul rata.
7.  Satu bahagian lagi di beri pewarna merah atau yang di sukai untuk lapisan atas dan bawah.  Gaul rata.
8.  Ambil 7 sudu besar adunan merah, ratakan di dalam loyang dan bakar api atas dan bawah selama 8 minit atau pemukaannya perang.  Tekan dengan penekan kek lapis, cucuk permukaan dengan garpu dan sapu dengan sedikit mentega.
9.  Ulangi lapisan kedua dan ketiga adunan merah dengan menggunakan api atas saja.
10.  Kemudian ambil 7 sudu besar adunan coklat, ratakan dan atur biskut jejari di atasnya.  Bakar selama 8 minit.  Ulangi melapis lapisan coklat hingga habis.
11.  Untuk lapisan atas, ulangi melapis adunan merah hingga habis sebanyak 3 lapisan.
12.  Setelah habis, tutup loyang dengan aluminium foil, bakar dengan api atas dan bawah selama 15 minit supaya kek masak dengan sempurna.
Kek Lapis Polkadot



Sunday, 24 November 2013

Salad Soo Hoon Vietnam

Salad Soo Hoon Vietnam

Bahan-bahan
200gm soo hoon
100gm sotong
100gm udang
1 biji bunga kantan
1 batang serai
2 biji cili padi
2 biji bawang merah
2 tangkai daun ketumbar
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram

Cara-cara :
1.  Celur soo hoon dengan air panas hingga lembut.  Toskan.
2.  Celur sotong dan udang sebentar dan toskan.
3.  Mayang halus bunga kantan, serai, cili padi, bawang merah dan daun ketumbar.
4.  Gaulkan bersama soon hoon, sotong dan udang.
5.  Masukkan sos ikan dan sos tiram secukup rasa, gaul hingga rata.
Salad Soo Hoon Vietnam

Lemon Chicken

Lemon Chicken

Bahan-bahan
200gm ayam - potong kecil
1 sudu kecil gula kaster
garam dan serbuk lada putih secukup rasa

Bahan Salut
1 sudu makan tepung kastard
1 biji kuning telur

Bahan Sos
1/4 cawan perahan jus lemon
1/2 cawan stok ayam
1 sudu kecil gula
2 sudu kecil tepung jagung

Cara-cara :
1.  Lumur ayam dengan gula, garam dan serbuk lada putih.  Perap seketika.
2.  Kukus ayam yang di perap tadi selama 10-15 minit.
3.  Lumur ayam dengan tepung kastard dan kuning telur.  Goreng hingga kekuningan.
4.  Untuk sosnya, panaskan jus lemon,gula dan stok ayam, campurkan tepung jagung dengan sedikit air dan tuang ke dalam sos untuk memekatkannya.
5.  Tuang ke atas ayam yang di goreng tadi.
Lemon Chicken

Friday, 22 November 2013

Ayam Masak Kari Pakistan


Ayam Masak Kari Pakistan
Resipi :  Maria Hakem / Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan
1 ekor ayam - potong 16 bahagian
4 biji bawang besar - cincang
4 biji tomato merah - cincang
1 sudu makan halia kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 cawan air
garam secukup rasa
1/2 cawan minyak untuk menumis
1 sudu makan garam masala - jika suka

Cara-cara :
1.  Panaskan minyak, tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
2.  Masukkan tomato cincang dan tumis hingga sebati.
3.  Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili,serbuk ketumbar, garam masala dan serbuk kunyit.
4.  Kacau hingga sebati dan masukkan air.  Renehkan bahan tumisan sehingga bawang dan tomato hancur lebih kurang (30-40 minit)
3.  Masukkan ayam dan gaul rata.
4.  Tidak perlu ditambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air.  Perasakan dengan garam secukupnya.
7.  Renehkan dengan api perlahan sehingga kuah hampir pekat tetapi tidak terlalu kering.

Selain dari ayam, daging lembu dan kambing juga sesuai di gunakan untuk masakan begini.
Ayam Masak Kari Pakistan

Wednesday, 20 November 2013

Kuih Bakar Berlauk / Bingka Berlauk

Kuih Bakar Berlauk / Bingka Berlauk

Bahan Adunan
350gm tepung gandum
500ml santan pekat
1000ml air
5 biji telur ayam A - pukul ringan
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu besar minyak sapi cair
pewarna kuning jika suka

Bahan Inti
200gm daging kisar
1 sudu makan rempah kari daging
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 biji bawang besar potong dadu
Minyak untuk menumis

Hiasan - Hiris
Daun sup dan daun bawang
Setangkai cili merah dan cili hijau

4 biji Acuan Kemboja - digris minyak

Cara-cara :
1.  Inti :  Tumbuk atau kisar bawang putih dan halia.  Tumis hingga naik bau.  Masukkan rempah kari daging dan  kacau hingga pecah minyak.
2.  Masukkan daging kisar, sedikit air dan garam.  Biarkan daging empuk.
3.  Masukkan bawang dadu dan masak hingga inti hampir kering.  Angkat dan ketepikan.
4.  Adunan :  Satukan semua bahan adunan, kacau dengan whisk tangan hingga rata dan tidak berketul.  Kemudian tapis.
5.  Gris acuan dengan mentega atau minyak.  Panaskan di atas dapur gas hingga minyak berdesir.
6.  Perlahankan api dapur dan tuang 3/4 adunan ke dalam acuan.   Biarkan seketika hingga bahagian tepinya masak.
7.  Masukkan inti daging di bahagian tengah dan tepi acuan, tabur bahan hiris.  Masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 160C selama 15-20 minit atau sehingga masak.
Kuih Bakar Berlauk


Tuesday, 19 November 2013

Fruits Flan Cakes

Fruits Flan Cakes

Bahan kek sponge
180gm sponge mix
3 biji telur Gred A
45ml susu segar/air
1 tsp esen vanila
45gm mentega cair/minyak jagung

Filing
200gm whip cream
1 tin sedang fruit coktail (asingkan sirapnya)

Hiasan
Buah strawberry, kiwi, anggur, peach (ikut suka)
decogel untuk di sapu
Hirisan badam (dibakar terlebih dahulu)

Cara-cara
1. Kek Sponge : Panaskan oven pada suhu 180C. Alas loyang 7" dengan kertas minyak.
2. Satukan semua bahan kek kecuali mentega cair, pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu. Tukar kepada speed rendah dan masukkan mentega cair, putar hingga rata.
3. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 35-45 minit. Angkat dan telengkupkan di atas redai. Sejukkan dan potong kek kepada 3 bahagian.
4. Pukul whip cream hingga kembang.
5.  Ambil satu lapisan kek, sapukan dengan whip cream hingga rata, tabur dengan fruit coktail (buah sahaja) di atasnya. Lapiskan sekali lagi dengan whip cream di atasnya hingga rata.
6. Untuk lapisan kedua : Ambil satu lapisan kek dan ulangi langkah 5 hingga habis.
7. Untuk lapisan terakhir, sapukan seluruh kek dengan whip cream. Lapisi badan kek dengan hirisan almond.
8. Atur buah-buahan segar sebagai hiasan mengikut citarasa.
 Fruits Flan Cakes

Sayur Tauhu Telur

Sayur Tauhu Telur

Bahan A
2 batang tauhu telur - potong bulat
100gm serbuk roti
1 biji telur

Bahan B
4 ulas bawang putih - tumbuk
1 batang lobak merah - hiris nipis
1/2 batang lobak putih - hiris nipis
Brokoli secukupnya - potong
300ml air
1 biji telur - pukul ringan
garam secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung, larutkan dengan sedikit air
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara :
1.  Celup potongan tauhu ke dalam telur dan salut dengan serbuk roti.  Goreng dalam minyak terendam hingga keperangan.  Angkat dan toskan.
2.  Celur sebentar lobak dan brokoli dalam air mendidih yang di campur sedikit minyak.  Angkat dan toskan.  Susun ke dalam pinggan.
3.  Tumis bawang putih dengan sedikit minyak hingga naik bau.  Masukkan air dan biar hingga mendidih.  Masukkan telur yang di pukul dan garam.
4.  Biarkan sebentar dan tuang larutan tepung jagung.  Masak hingga nampak pekat.
5.  Letak tauhu yang di goreng tadi ke atas pinggan yang berisi sayuran, dan tuang kuah ke atasnya.
Sayur Tauhu Telur

Monday, 18 November 2013

Mee Kari Kerang


Mee Kari Kerang
Sumber :  Puan Yati@Sinar Kehidupanku

Bahan- Bahan
1/2 ekor ayam-di potong kecil, cuci dan toskan
4 sudu besar rempah kari ikan *
2 sudu besar rempah kari daging *(*bancuh dngn sedikit air)
1 keping asam keping
1 kiub pati ikan bilis Knorr
2 cawan santan pekat(saya guna 2 kotak santan, setiap satu kotak mengandungi berat 200ml)
5 cawan air
1 cawan isi kerang atau lebih
garam dan sedikit gula
1/2 cawan minyak masak utk menumis
2 keping fishcake- di potong nipis
10 ketul fish ball- di belah 2

Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar udang kering- cuci, rendam dan toskan

Bahan Tumis
1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 2 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
1 batang serai- di ketuk

Bahan Mee dan Hiasan
1 kilo mee kuning di celur dan toskan
Daun bawang dan daun sup- di potong2
2 keping tauhu digoreng dan dipotong nipis
4 biji telur direbus kupas kulit dan belah dua
cili merah atau cili jeruk
sawi dan taugeh dicelur dan di toskan
4 biji limau kasturi, cuci dan belah
Bawang goreng

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis. Masukkan pula bahan2 kisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan pula rempah kari ayam dan daging yang dibancuh dengan sedikit air, kacau sehingga naik bau.
2. Masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih. Masukkan ayam yg di cincang dan biarkan sehingga empuk.
3. Masukkan air, kerang, fish cake,fish ball, serbuk pati ikan bilis, dan asam keping.
4. Biarkan sehingga mendidih, bila kuah dah mendidih masukkan santan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Tutup api, angkat dan hidangkan.

Cara Menyediakan Mee Kari Kerang.
Masukkan sedikit mee yg telah di celur dalam ke dlm mangkuk,
letak sawi,taugeh, telur rebus, tauhu goreng, daun sup, daun bwg, cili dan bwg goreng. Tuangkan kuah di atas mee tadi. Tambahkan dngn perahan jus limau kasturi. Sedia untuk dimakan
Mee Kari Kerang

Saturday, 16 November 2013

Acar Berempah

Acar Berempah
Sumber :  RASA Mei 2012

Bahan-bahan
3 biji timun - buang empulur hiris memanjang
2 biji lobak merah - hiris memanjang
2 biji cili merah dan cili hijau - hiris
7 ulas bawang merah - biarkan sebiji2
7 ulas bawang putih - belah 2
1 sudu makan biji sawi
2 sudu makan udang kering - tumbuk halus
3 sudu makan minyak masak
3 sudu makan cuka
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar
2.5cm halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk kunyit

Cara-cara :
1.  Rendam sayur-sayuran yang di hiris dengan air garam selama 1/2 jam.  Toskan.
2.  Panaskan minyak, tumis biji sawi bersama bahan kisar hingga wangi.  Masukkan udang kering gaul rata hingga pecah minyak.
3.  Masukkan sedikit air, cuka, garam dan gula secukup rasa.  Kacau hingga rata.
4.  Akhir sekali masukkan sayuran tadi, cili hiris, bawang merah dan bawang putih.  Gaul rata dan masak hingga kuah pekat.
5.  Angkat dan sedia di hidang.

Tuesday, 12 November 2013

Kek Coklat Moist Kukus Chef Zubaidah


Kek Coklat Moist Kukus
Resipi asal :  Chef Zubaidah
Sumber :  Alongroz@myresipi / K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan
100gm serbuk koko *
250gm gula kastor*
1 tin susu sejat / susu cair*
100gm serikaya - K1 tambah*
200gm minyak masak / minyak jagung*
250gm susu pekat manis*
4 biji telur - pukul hingga berbuih
150gm tepung gandum
1 sudu teh soda bikabonat - K1 letak 1/2 st
1 sudu teh baking powder

Loyang 8 atau 9 inci (alas dasar dan di gris minyak kelilingnya)

Cara-cara :
1.  Satukan semua bahan-bahan bertanda* di dalam periuk, kacau di atas api perlahan hingga licin dan tidak berketul.  Tak perlu sampai mendidih,.
2.  Biarkan suam sedikit, masukkan telur yang di pukul tadi sedikit-sedikit sambil di kacau dengan hand whisk hingga rata dan sebati.
3.  Tuang ke dalam loyang dan kukus di dalam pengukus yang di panaskan terlebih dahulu selama 1 jam dengan api sederhana.
4.  Sejukkan dahulu sebelum di hias dengan icing atau yang di gemari..  (K1 menggunakan coklat masakan putih yang dicairkan sebagai hiasan)

*** Kek ini juga boleh di bakar menggunakan suhu 160C sekana 55min - 1 Jam

Chocolate Ganache - K.Nor@SecubitGaram
150gm cooking chocolate - Potong kecil2
1/4 cawan susu cair
1 sudu besar minyak sayuran / minyak jagung

Cara :  Panaskan susu secara double boiler.  Masukkan coklat yang di potong tadi.  Padamkan api dan kacau hingga coklat cair.  Masukkan minyak dan kacau hingga licin.  Biarkan seketika sebelum di tuang ke atas kek.

Tips dar K.Nor :
Kaedah letak minyak menggantikan butter untuk hasilkan ganche yang berkilat.
Kek yang di hias dengan ganache ini tidak mengeras atau berkeping bila di letakkan di dalam peti sejuk.  Kaedah yang K.Nor pelajari dengan Chef  dr Vietnam..  Terima kasih K.Nor tips yang sangat berguna :)
 Kek Coklat Moist Kukus Chef Zubaidah

Sunday, 10 November 2013

Stew Bebola Daging Kimci


Stew Bebola Daging Kimci

Bahan-bahan
3 cawan kimchi - DI SINI
2 cawan air
2 keping tauhu - potong dadu
10 biji bebola daging - potong 2
1/2 sudu besar minyak bijan
1/2 labu bawang besar potong memanjang
1 tangkai cili hijau - hiris
1 tangkai cili merah - hiris
1 tangkai daun bawang - hiris menyerong
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam kasar
1 sudu kecil gula
Brokoli - jika suka

Cara-cara :
1.  Masukkan kimchi bersama sosnya di dalam periuk bersama bebola daging, cili hiris dan bawang besar. 
2.  Masukkan air hingga tenggelam.   Masak hingga mendidih.
3.  Kemudian masukkan tauhu dan daun bawang.  Masukkan minyak bijan dan perasakan dengan gula dan serbuk lada hitam.
4.  Didihkan sebentar, tutup api dan siap di hidangkan.
Stew Bebola Daging Kimci

Saturday, 9 November 2013

Kimchi

Kimchi
Sumber :  Nina Sofea

Bahan-bahan
3 biji Kobis Napa
1 cawan Garam

Pes Kimchi
1/2 cawan tepung beras
3 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 cawan bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang besar
1 cawan sos ikan
Cili kisar atau serbuk cili (sesuaikan ikut kepedasan)
segengam ikan bilis halus - K1 tambah

Bahan Sampingan
3 ikat Daun kucai
7 batang Daun bawang
2 batang lobak merah
1 batang lobak putih

Cara-cara :  
Langkah 1 :  Jeruk Kobis
1.  Belah dua kobis, buang bahagian bawah yang keras dan belah dua lagi.  Potong saiz makan.
2.  Cuci kubis sebanyak 3 kali, kemudian toskan.
3.  Masukkan selapis hirisan kubis ke dalam bekas besar dan tabur kan dengan sedikit garam.  Ulangi melapis kubis dan menabur garam sedikit demi sedikit hingga habis.  Jangan gaulkan sekaligus dengan garam kerana masinnya jadi tidak sama rata
4.  Perapkan / biarkan kubis selama 2 jam,  gaulkan setiap 30 minit.  
5.  Selepas 2 jam, bilas kubis bersih-bersih. Tapis dan simpan dulu di dalam peti sejuk.

Langkah 2 :  Pes Tepung Beras
3 cawan air
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan gula
Satukan tepung beras dan air, kacau hingga larut,  Masak di atas api kecil hingga pekat.  Masukkan gula dan gaul hingga rata.  Masukkan ke dalam bekas dan ketepikan.


Langkah 3 : Bahan Kisar / Pes Kimchi
1 cawan sos ikan
1 cawan bawang putih
1 biji bawang besar
1.2 inci halia
Cili kisar / cili serbuk
Cara :  cincang kasar bawang putih, bawang besar dan halia, masukkan ke dalam pengisar bersama sos ikan dan kisar hingga halus.
Gaulkan bersama pes tepung beras tadi.  Masukkan cili kisar/cili serbuk mengikut kepedasan yang diingini dan gaulkan hingga rata.

Langkah 4 :  Bahan Hiris
Potong daun bawang dan daun kuchai menyerong 1 in.  Sagat atau hiris halus lobak merah dan lobak putih.  Peras sedikit air lobak merah dan putih.

Cara-cara Penyediaan :
1.  Masukkan pes kimchi ke dalam bekas kobis jeruk, ambil sedikit-sedikit dan gaul rata.  Masukkan bahan hiris dan gaul hingga rata.

2.  Setelah siap, masukkan kimchi kedalam botol / bekas kedap udara.  Masukkan hingga penuh dan tekan hingga padat supaya tiada udara masuk untuk mengelakkan kimchi dari berkulat.  Tutup dengan rapi dan kedap.

3.  Simpan di dalam peti sejuk selama 2-3 hari untuk proses perment menjadi jeruk.
4.  Selepas 2 hari buka tutup bekas, jika terdapat buih-buih kecil dan permukaan kimchi berair, kimchi tersebut telah sedia untuk di makan.
5.  Boleh di hidang bersama nasi, di campur dalam sup,stew, lempeng atau nasi goreng..
Kimchi

Thursday, 7 November 2013

Agar-agar Santan Gula Melaka


Agar-Agar Santan Gula Melaka
Sumber :  Nadz@Cute Oven,Small Kitchen

Bahan-bahan
10gm serbuk agar-agar
1 liter air (4 cawan)
250gm gula melaka
250ml santan pekat (1 cawan)/santan kotak
1 biji telur ayam
1/4 garam
2 helai daun pandan - simpul

Loyang atau bekas kecil - basahkan dahulu

Cara-cara :
1.  Satukan santan, telur  dan garam.  Pukul ringan dengan garpu.  Ketepikan.
2.  Satukan air, serbuk agar-agar, gula melaka dan daun pandan.  Masak hingga gula larut.  Tapis ke dalam periuk yang lain untuk membuang kotoran pada gula melaka.
3.  Masak semula hingga mendidih, kecilkan api dan tuang campuran santan dan telur. 
4. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau untuk mengelakkan adunan membuak keluar.
5.  Bila adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.
6.  Tuang dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.

Tips dari Nadz :  Untuk mendapat 2 lapisan santan dan gula melaka yang berasingan ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.
 Agar-agar Santan Gula Melaka

Monday, 4 November 2013

Loyang Lidah Kucing

Tempahan Loyang lidah kucing

A] 30x30cm 32 isian
RM50 - 2 pcs (Available)
B] 30x40cm 35 & 40 isian 
RM56 - 2 pcs (Available)
C] 40x40cm 50 isian
RM70 - 2 pcs - (Out Stock - Available 31 May)
D] 25x25cm 16 isian 
RM38 - 2 pcs (Out stock - Available 31 May)
E] 20x20cm 10 isian 
RM28 - 2 pcs (Available)

F] 25x30cm 20 isian 
RM60 - 2 pcs (Not Available)
G] 30x30cm 49 isian 
RM60 - 2 pcs (Available)

Status Stok : Stock Arrived !! order laju-laju tuk cookies raye :D
NOTA :  Sebelum membeli, pastikan ukuran saiz dulang oven bersesuaian dengan loyang yang di beli kerana setiap pembelian tidak boleh di kembalikan atau di tukar saiz kecuali jika ada kerosakan yang teruk seperti kemek semasa penghantaran .. Terima kasih..

*2 Loyang Dengan Satu Harga 

Post Laju Sem Malaysia, Sabah Serawak RM10-RM15 (untuk 1set medium/large) Tambahan caj untuk lebih dari 1 set

Penghantaran melalui Pos Collection - Pada setiap hari Jumaat



Hasil Biskut comel yang kakwan sudah buat
Lidah Kucing Pelangi
Lidah Kucing Mocha
Lidah Kucing Keju
Lidah Kucing Coklat
Lidah Kucing Pelangi dalam Jar
Lidah Kucing Pelangi Bentuk Hati
 Lidah Kucing Pelangi Bentuk Bulat / Bunga

Biskut Lidah Kucing Pelangi Citarasawan di Aroma back issue Nov-Dec 2013

Ermm apa kata pembeli :)
Salam kak wan...mmg best la pakai tray yg 40 tu... 10 minit je siap 160 keping...terbaikla kak wan
Resepi kak wan pun amiey ikut satu persatu...memang jadi...kak wan d best!!!