Sumber : Nina Sofea
Bahan-bahan
3 biji Kobis Napa
1 cawan Garam
Pes Kimchi
1/2 cawan tepung beras
3 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 cawan bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang besar
1 cawan sos ikan
Cili kisar atau serbuk cili (sesuaikan ikut kepedasan)
segengam ikan bilis halus - K1 tambah
Bahan Sampingan
3 ikat Daun kucai
7 batang Daun bawang
2 batang lobak merah
1 batang lobak putih
Cara-cara :
Langkah 1 : Jeruk Kobis
1. Belah dua kobis, buang bahagian bawah yang keras dan belah dua lagi. Potong saiz makan.
2. Cuci kubis sebanyak 3 kali, kemudian toskan.
3. Masukkan selapis hirisan kubis ke dalam bekas besar dan tabur kan dengan sedikit garam. Ulangi melapis kubis dan menabur garam sedikit demi sedikit hingga habis. Jangan gaulkan sekaligus dengan garam kerana masinnya jadi tidak sama rata
4. Perapkan / biarkan kubis selama 2 jam, gaulkan setiap 30 minit.
5. Selepas 2 jam, bilas kubis bersih-bersih. Tapis dan simpan dulu di dalam peti sejuk.
Langkah 2 : Pes Tepung Beras
3 cawan air
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan gula
Satukan tepung beras dan air, kacau hingga larut, Masak di atas api kecil hingga pekat. Masukkan gula dan gaul hingga rata. Masukkan ke dalam bekas dan ketepikan.
Langkah 3 : Bahan Kisar / Pes Kimchi
1 cawan sos ikan
1 cawan bawang putih
1 biji bawang besar
1.2 inci halia
Cili kisar / cili serbuk
Cara : cincang kasar bawang putih, bawang besar dan halia, masukkan ke dalam pengisar bersama sos ikan dan kisar hingga halus.
Gaulkan bersama pes tepung beras tadi. Masukkan cili kisar/cili serbuk mengikut kepedasan yang diingini dan gaulkan hingga rata.
Langkah 4 : Bahan Hiris
Potong daun bawang dan daun kuchai menyerong 1 in. Sagat atau hiris halus lobak merah dan lobak putih. Peras sedikit air lobak merah dan putih.
Cara-cara Penyediaan :
1. Masukkan pes kimchi ke dalam bekas kobis jeruk, ambil sedikit-sedikit dan gaul rata. Masukkan bahan hiris dan gaul hingga rata.
2. Setelah siap, masukkan kimchi kedalam botol / bekas kedap udara. Masukkan hingga penuh dan tekan hingga padat supaya tiada udara masuk untuk mengelakkan kimchi dari berkulat. Tutup dengan rapi dan kedap.
3. Simpan di dalam peti sejuk selama 2-3 hari untuk proses perment menjadi jeruk.
4. Selepas 2 hari buka tutup bekas, jika terdapat buih-buih kecil dan permukaan kimchi berair, kimchi tersebut telah sedia untuk di makan.
5. Boleh di hidang bersama nasi, di campur dalam sup,stew, lempeng atau nasi goreng..
Kimchi
No comments:
Post a Comment