Kek Coklat Moist Kukus
Resipi asal : Chef Zubaidah
Sumber : Alongroz@myresipi / K.Nor@SecubitGaram
Bahan-bahan
100gm serbuk koko *
250gm gula kastor*
1 tin susu sejat / susu cair*
100gm serikaya - K1 tambah*
200gm minyak masak / minyak jagung*
250gm susu pekat manis*
4 biji telur - pukul hingga berbuih
150gm tepung gandum
1 sudu teh soda bikabonat - K1 letak 1/2 st
1 sudu teh baking powder
Loyang 8 atau 9 inci (alas dasar dan di gris minyak kelilingnya)
Cara-cara :
1. Satukan semua bahan-bahan bertanda* di dalam periuk, kacau di atas api perlahan hingga licin dan tidak berketul. Tak perlu sampai mendidih,.
2. Biarkan suam sedikit, masukkan telur yang di pukul tadi sedikit-sedikit sambil di kacau dengan hand whisk hingga rata dan sebati.
3. Tuang ke dalam loyang dan kukus di dalam pengukus yang di panaskan terlebih dahulu selama 1 jam dengan api sederhana.
4. Sejukkan dahulu sebelum di hias dengan icing atau yang di gemari.. (K1 menggunakan coklat masakan putih yang dicairkan sebagai hiasan)
*** Kek ini juga boleh di bakar menggunakan suhu 160C sekana 55min - 1 Jam
Chocolate Ganache - K.Nor@SecubitGaram
150gm cooking chocolate - Potong kecil2
1/4 cawan susu cair
1 sudu besar minyak sayuran / minyak jagung
Cara : Panaskan susu secara double boiler. Masukkan coklat yang di potong tadi. Padamkan api dan kacau hingga coklat cair. Masukkan minyak dan kacau hingga licin. Biarkan seketika sebelum di tuang ke atas kek.
Tips dar K.Nor :
Kaedah letak minyak menggantikan butter untuk hasilkan ganche yang berkilat.
Kek yang di hias dengan ganache ini tidak mengeras atau berkeping bila di letakkan di dalam peti sejuk. Kaedah yang K.Nor pelajari dengan Chef dr Vietnam.. Terima kasih K.Nor tips yang sangat berguna :)
Kek Coklat Moist Kukus Chef Zubaidah
No comments:
Post a Comment