Friday, 22 November 2013

Ayam Masak Kari Pakistan


Ayam Masak Kari Pakistan
Resipi :  Maria Hakem / Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan
1 ekor ayam - potong 16 bahagian
4 biji bawang besar - cincang
4 biji tomato merah - cincang
1 sudu makan halia kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 cawan air
garam secukup rasa
1/2 cawan minyak untuk menumis
1 sudu makan garam masala - jika suka

Cara-cara :
1.  Panaskan minyak, tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
2.  Masukkan tomato cincang dan tumis hingga sebati.
3.  Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili,serbuk ketumbar, garam masala dan serbuk kunyit.
4.  Kacau hingga sebati dan masukkan air.  Renehkan bahan tumisan sehingga bawang dan tomato hancur lebih kurang (30-40 minit)
3.  Masukkan ayam dan gaul rata.
4.  Tidak perlu ditambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air.  Perasakan dengan garam secukupnya.
7.  Renehkan dengan api perlahan sehingga kuah hampir pekat tetapi tidak terlalu kering.

Selain dari ayam, daging lembu dan kambing juga sesuai di gunakan untuk masakan begini.
Ayam Masak Kari Pakistan

No comments:

Post a Comment