Amboi banyaknye nama biskut ni hii hii.. crunchy n nutty laa :D Love it !
Sumber : Azlita Aziz@fromintan kitchen / FB Puan Asmah Aspar
Bahan-bahan
200gm tepung florenta - bole di beli di kedai bekalan bakery
100gm almond flakes
100gm biji labu hijau
200gm biji bunga matahari
40gm bijan putih
Cara-cara :
1. Bakar almond flakes, biji bunga matahari, biji labu dan bijan sebentar di dalam oven pada suhu 160C selama 5 minit. Ketepikan.
2. Satukan dengan tepung florenta dan gaul sebati.
3. Alas loyang 14 x 14 dengan baking paper, tuang adunan dan ratakan nipis.
4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 160C hingga florenta mencair dan keperangan dalam 10-15 minit dan bolehlah di angkat.
5. Potong dengan menekan pisau semasa adunan masih panas.
6. Biarkan betul-betul sejuk, dan patahkan perlahan-lahan pada keratannya. Simpan dalam bekas kedap udara.
Cara K1, sudukan 2 sudu kecil adunan florenta di atas baking paper, ratakan dengan belakang sudu nipis-nipis.. Jarakkan sedikit antaranya. Bakar selama 10 minit hingga florenta mencair dan angkat, biar betul2 sejuk baru angkat keluar.
Biskut Almond Caramel Crunchy/ Florentine / Mix Crispy Nuts Cookies
No comments:
Post a Comment