Talam Lapis Sagu Ubikayu
Bahan-bahan
200gm sagu kecil putih
800gm parutan ubikayu
300gm gula kaster
450ml santan KARA / santan kotak
2 sudu besar tepung kastard
sedikit pewarna kuning
sedikit pewarna ungu + 1 sudu teh esen keladi
Loyang 8 x 8 di alas plastik dan di oles minyak
Cara-cara :
1. Cuci dan rendam sagu selama 30 minit. Toskan
2. Campurkan dengan bahan-bahan lain kecuali pewarna. Gaul rata.
3. Bahagikan kepada 3 bahagian, satu bahagian di campur pewarna ungu dan dua bahagian di campur pewarna kuning.
4. Ambil satu bahagian adunan kuning, ratakan ke dalam loyang dan kukus selama 15 minit.
5. Angkat dan ratakan adunan ungu, kukus selama 15 minit.
6. Untuk lapisan terakhir, ambil adunan kuning dan kukus selama 20 minit.
7. Sejukkan dahulu sebelum di potong, terbalikkan biar bahagian bawah yang licin berada di atas.
Talam Lapis Sagu Ubikayu
No comments:
Post a Comment