Sumber : Kek Warisan Bonda
Resipi Asal : Nomie Cakes
Bahan A
12 biji kuning telur B
6 biji putih telur
300gm gula kaster
300gm tepung Hong Kong
2 sudu kecil ovalete
Bahan B - Adunan Krim Keju
250gm krim keju
4 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh lemon paste
Bahan C - Adunan Coklat
250gm mentega
4 sudu makan susu pekat manis
150gm coklat masakan - cairkan secara double boiler
1 sudu besar coklat emulco
Hiasan : Parutan Keju Cheddar secukupnya
Loyang 9 x 9 x 3 di alas dasar dan gris
Cara-cara :
1. Bahan A : Pukul kuning telur, putih telur, gula kaster dan ovalete dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat. Perlahankan mixer, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga bergaul rata.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
3. Satu bahagian di adun bersama bahan B (Adunan Keju) dan satu bahagian lagi di adun bersama bahan C.(Adunan Coklat)
4. Ambil 9 sudu besar adunan coklat, ratakan ke dalam loyang. Bakar api atas dan bawah pada suhu 180C selama 8-10 minit.
5. Angkat, tekan dengan penekan kek lapis, sapu sedikit mentega cair pada permukaan kek dan lapis dengan 9 sudu besar adunan keju. Bakar dengan api atas saja selama 8 minit.
6. Ulangi melapis berselang seli hingga habis.
7. Untuk lapisan terakhir, tabur permukaan kek dengan parutan keju dan bakar dengan api atas dan bawah selama 10 minit.
8. Sejukkan dahulu sebelum di potong.
Bahan B : Pukul krim keju. lemon paste dan susu pekat manis hingga berkrim, kaup balikkan dengan adunan yang di bahagi tadi.
Bahan C : Pukul mentega dan susu pekat manis hingga berkrim. Masukkan ke dalam adunan yang di bahagi tadi bersama coklat cair dan coklat emulco, kaup balikan hingga sebati.
Kek Lapis Chocolate Cream Cheese
No comments:
Post a Comment